6 Cara Mudah Menguatkan Ingatan
"Mana kunci kereta ni? Tadi rasa letak dalam handbag".
Menggagau-gagau mencari kunci kereta di dalam beg tangan tapi tak jumpa-jumpa. Dah jadi pelupa ke?
Orang kata selepas bersalin, banyak urat terputus. Itu yang jadi pelupa tu.
Tapi, ada 6 cara mudah untuk meningkatkan keupayaan mengingat jangka masa pendek dan supaya kekal lama.
1) Mengamalkan zikir Ya Rahman sebanyak 100 kali setiap kali selepas solat fardhu. (Sumber: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki).
2) Membuat senaman intensity sederhana selama 6 minit jika sukar sangat untuk bersenam dengan Alasan sibuk. Senaman intensity sederhana ni bermaksud boleh bercakap semasa bersenam tapi tak dapat menyanyi. Contoh jogging. Senaman boleh meransang paras hormon epinephrine iaitu bahan kimia yang membawa mesej berkaitan ingatan. Sebab itu orang kata badan sihat, otak cerdas.
3) Fokus ketika cuba mengingati. Tak perlu ketika mencari kunci kereta kala itu juga menjawab panggilan telefon.
4) Tutup mata selepas mempelajari sesuatu atau ketika cuba mengingat tetapi bukan tidur. Lagi bagus jika kita cuba tayangkan dalam fikiran kita .
5) Lakukan hobi yang meransang minda seperti bermain silang kata, alat muzik, melukis dan sebagainya. Ia menggalakkan otak untuk berfikir dan berfungsi 30% dengan lebih baik.
6) Makan banyak ikan. Ikan seperti ikan salmon, bilis dan tongkol mengandungi Omega 3 iaitu asid lemak yang penting. Omega-3 ini pula terdiri daripada DHA & EPA.
Omega-3 amat baik untuk perkembangan otak dan meningkatkan fokus. Jadi dapat mengurangkan risiko untuk lupa di mana meletak barang dan juga meningkatkan fokus.
(Sumber: iSihat Nov 2014)
Selain makan ikan, boleh juga membeli minyak ikan agar keperluan Omega 3 di penuhi setiap hari.
Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : +60192500978
Entri yg menarik.. jemput blogwalking..
ReplyDeleteTq tq 😊
Deletebagus perkongsian ni.. saya suka gambar carta tu. thanks
ReplyDeleteSemoga bermanfaat :)
Deleteok nak try pejam mata sekarang
ReplyDeleteHilang apa tu? :)
Deletetips-tips yang berguna ni...kadang-kadang bila sibuk memang mudah cicir barang...terlupa letak mana...hehehe
ReplyDeletesaya nak cuba bab zikir..Ya Rahman
ReplyDelete