Bagaimana Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu?
Ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif?
Tahniah!! Niat tersebut pun dah cukup baik. Tapi tertanya bagaimana nak menyimpan susu ibu yang telah diperah?
Jadual di atas khas untuk bayi yang tiada masalah kesihatan dan lahir cukup bulan.
Jika dalam suhu bilik, susu yang baru diperah tahan sehingga 10 jam. Tapi kalau cuaca di Malaysia yang tengah harinya panas mencecah 29'C seperti waktu tengah hari, memang tak tahan. Cepat basinya.
Suhu 18-22'C tersebut seperti duduk dalam bilik penghawa dingin.
Jadinya, selepas mengepam susu ibu dan jika tiada peti ais di pejabat simpan sahaja dalam cooler bag.
Tak semua rasa selesa jika kita meletak perahan susu ibu di dalam peti ais yang dikongsi bersama.
Pilih cooler Ice pack & cooler bag yang baik. Cooler bag yang biasa dijual di pasaran selalunya tak ada masalah.
Cuma perlu cari cooler Ice pack yang tahan lama. Antara yang tahan lama melebihi 8 jam seperti jenama Coleman.
Sebabnya kadangkala kita tak tahu dapat balik pukul berapa. Jadi, persiapkan diri kita dan barang keperluan penyusuan yang boleh tahan melebihi 8 jam.
Susu yang diperah letak di mana pula ya?
Pilih cooler bag yang agak besar yang boleh memuatkan semua susu ibu yang telah diperah.
Semasa waktu bekerja ada baiknya kekalkan sahaja susu ibu yang telah diperah di dalam botol susu untuk menjimatkan masa.
Tidak perlu mencuci botol dan peralatan mengepam setiap kali selepas mengepam. Cukup dengan menyimpan di dalam cooler bag peralatan pam tapi pam jangan pula letak dalam cooler bag.
Setelah balik kerja, susu tersebut boleh disimpan mengikut keperluan bayi. Contoh, bayi menyusu 4auns. Jadi, setiap penyimpanan kita adalah 4 auns/botol. Susu tersebut boleh dicampur dengan syarat dengan suhu sama dan pada hari yang sama.
Tempat penyimpanan susu, boleh pilih samaada menyimpan dalam botol susu (menggunakan ruang yang banyak) atau plastik susu yang lebih jimat ruang.
Boleh jika simpan di dalam bekas dadih tetapi kena pastikan kebersihan dan pakai buang bukan berulang kembali.
Labelkan setiap simpanan perahan susu ibu.
Untuk memudahkan pengasuh bayi kita, susu yang telah dinyah beku hendaklah diletak dalam botol susu. Pengasuh hanya perlu merendam dalam air suam dan meletakkan puting susu sahaja.
Bagi mengelakkan pembaziran dan juga agar bayi mendapat khasiat terbaik gunakan hanya 1-2 stok susu dan selebihnya susu yang belum dibekukan.
Sebagai contoh, jika bayi memerlukan 5 botol susu sepanjang peninggalan kita:
Bekalkan 2 botol susu yang telah dinyah beku dan 3 botol susu yang baru diperah semalam yang belum dibekukan.
Ini supaya lebihan botol susu yang belum dibekukan masih boleh digunakan kemudian.
Susu yang telah dinyah beku hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.
Tips: Hasil susu yang diperah hari ini tidak perlu terus dibekukan.
Mudah bukan?
0 comments: