Perkongsian Pengalaman Bersalin Dan Tanda-Tanda Bersalin

7:47 am Emalin Mohd 2 Comments

Perkongsian ini adalah daripada ahli keluarga yang sedang menunggu kelahiran anak kedua. Semoga bermanfaat untuk semua.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika usia janin menjangkau 36 minggu sehingga 40 minggu, ia adalah tempoh yang terbaik untuk kelahiran. 




Apa akan terjadi sepanjang proses ini?

Anda akan semakin kerap tidak boleh tidur malam bermula pada trimester terakhir, kerap membuang air kecil (kerana bayi menekan punding kencing ibu) dan juga berpeluh.

Dan sekitar minggu-minggu ini juga bakal ibu akan merasa 'braxton hicks' atau kontraksi palsu.

Bagaimana membezakan kontraksi palsu dan kontraksi yg sebenar?
Kontraksi palsu hanya berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu dengan merasa kekejangan di bahagian rahim dan perut (Ianya masih tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata tetapi yang pernah hami atau sedang menunggu kelahiran mungkin akan mengalaminya)
Manakala kontraksi sebenar akan berlaku lebih kerap sehingga boleh dirasai dalam tempoh setiap 5 minit dalam tempoh hingga ke 24 jam atau lebih!

Tanda-tanda bersalin ada 2 iaitu pecah air ketuban atau 'amniotik fluid' atau juga keluar darah.

Apabila pecahnya air ketuban segeralah ke hospital walaupun masih tidak merasakan kontraksi.

Jika keluar darah dan tidak merasakan kontraksi, anda masih punya pilihan untuk duduk di rumah (jika jarak tempat bersalin berdekatan dengan anda) atau ke hospital untuk melakukan pemeriksaan rahim di mana doktor akan memeriksa bukaan laluan pada pintu rahim anda.

Ketika berlakunya kontraksi sebenar, bagi ibu yang diizinkan Allah bersalin secara normal, anda pasti akan merasakan kesakitan yang hanya Allah sahaja yang tahu (tetapi berbeza mengikut ujian yang Allah nak bagi. Ingat!! Allah penentu segala-galanya) dan dalam keadaan separuh waras ketika itu barangkali ada ibu yang akan meminta bersalin secara pembedahan. Kerana tidak semua ubat penenang atau tahan sakit mampu membendung kontraksi ketika bersalin hatta epidural (sejenis ubat penenang atau tahan sakit yang akan dimasukkan ke tulang belakang)..



Semasa menghadapi kontraksi yang tidak tahu berapa lama akan berlaku, apa yang boleh ibu buat?

Bacalah Al-quran, moga dengan ayat-ayat Allah akan lebih menenangkan kita dan memberi kewarasan serta kesabaran buat ibu dalam mendepani kontraksi.

Bacalah walau dengan menahan sakit itu, bacalah hatta dengan linangan air mata (mukjizat Allah ini sangat membantu, boleh khatam Surah Yaasin 4 kali sementara menunggu Umar (anak pertama) keluar sambil menangis membaca, setiap habis 1 ayat siap sedu-sedu menahan sakit yang mana suami pun tidak boleh membantu.

Teringat kata-kata doktor setiap kali rasa terlalu sakit.
"Sabarlah ye, sakit tu kan hapus dosa".

Gugur lagi air mata, terus tak berani minta ubat tahan sakit..

Dan ibu jangan lupa bawa bekalan air zam-zam dan juga kurma untuk tenaga segera. Jangan biarkan anda kelaparan kerana proses meneran memerlukan tenaga. 

Adalah salah apabila anda langsung tidak menjamah makanan ketika masuk ke dalam labour room..


Ketika bersalin, sila ikut nasihat doktor walaupun saya tau ibu dalam keadaan sakit yang amat sangat.

Sila jangan angkat punggung untuk mengelakkan koyakan di perinium besar atau teruk. Dan elakkan mengeluarkan suara ketika meneran kerana ia akan memakan tenaga ibu ketika meneran atau boleh amalkan sapuan minyak VCO pada trimester akhir kehamilan.

Tarik nafas dan ingat Allah.




Semoga membantu!! Kenapa rasa nak sharing? Sebab walaupun dah tengok video bersalin banyak kali tak pernah nak rasa 'feel' hatta melalui perkongsian pun.

Ada ibu takut nak sharing sebab risau orang lain takut nak bsalin.

Ingat!! Sakit itu anugerah 
Suami juga sila baca buku dan cedok ilmu. 

Apa peranan suami ketika isteri di dalam labour room.

Selamat berjuang!! 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Hanis atas perkongsian. Selamat berjuang untuk kelahiran khalifah kedua. 

Perkongsian ini adalah daripada ahli keluarga yang sedang menunggu kelahiran anak kedua. Semoga bermanfaat untuk semua. --------------...

2 comments:

  1. nak komen lebih-lebih tak boleh...sebab belum ada pengalaman. Anyway ibu-ibu di luar sana...korang memang hebat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita itu hebat :) Tak kira ibu atau tidak termasuk Puteri

      Delete