Rumah Mampu Milik Di Kuala Lumpur
Mencari rumah kediaman di kawasan Ampang dan Kuala Lumpur memang memeningkan kepala. Setiap hari membuka web berkaitan penjualan rumah seperti Mudah.com.my. Memang banyak rumah yang diiklankan tapi untuk mencari yang memenuhi spesifikasi diri kita terutama harga dan lokasi, itu yang sukar.
Baru-baru ini berpeluang ke pejabat hartanah yang sedang menawarkan apartment baru di Kuala Lumpur berharga RM300,000.00 dengan 900kaki per segi. Macam menarik kan?
Maklumat awal rumah tersebut iaitu Residensi PandanMas 2 dikatakan adalah projek DBKL dan dikategorikan sebagai Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Kita lihat lokasi apartment tersebut berdasarkan flyers yang diperolehi. Terletak berhampiran TESCO Ampang di Lorong Delapan. Ketika ini Lorong Delapan masih merupakan jalan kecil dan pemaju memaklumkan apabila apartment ini siap Lorong Delapan akan diperbesarkan.
Harga yang dijual adalah nett tidak mengira apartment tersebut berada di tingkat berada dan mengadap apa. Yang bernasib baik bolehlah dapat yang mengadap KLCC. Penetapan lot rumah nanti berdasarkan sistem undian yang khabarnya akan dijalankan pada Disember 2014.
Jika ingin menambah lagi satu tempat meletak kereta, harga yang ditawarkan ialah RM18,000.00. Kalau tak nak pun tak apa sebab pakej asal telah ada satu tempat meletak kenderaan.
Ada kemudahan kondominium seperti kolam renang, gymnasium, dewan serbaguna, tadika dan Taman permainan.
Pelan Lantai untuk setiap unit adalah sama dan setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Ini fasa kedua ya. Fasa pertama telah habis dijual.
Ada juga syarat pembeliannya seperti pembeli hendaklah duduk atau bekerja di Kuala Lumpur dan pendapatan antara RM3,000-RM8,000 sebulan.
Menarikkan untuk yang tengah mencari rumah di Kuala Lumpur? Sebab rata-rata apartment dengan kemudahan kondominium yang baru dilancarkan berharga RM400,000 ke atas dan mungkin harga itu adalah unit SOHO sahaja.
alhamdulillah kami dah ada rumah sendri walau pun hutang belum habis dibayar
ReplyDeleterumah kampung tak la semahal mana pun
Yang duduk di KL ni lah yang kena buat Kira-Kira beli rumah 😅😅
Deletetu pun mahal bagi ida huhuhuhuhuhu
ReplyDeleteTu la rega org kl kena bayar. Huhu
Deletefinally ada juga rumah mampu milik dengan harga mcm ni.perghhh dah sebulan cari rumah semua nya arround RM450k till 900K tu pun baru 700-900 sqft
ReplyDeletepls email saya ke puterishah13@gmail.com pls assist me
macammana pencarian? dapat dah ke?