Ubat Kurangkan Kolestrol

5:45 am Emalin Mohd 0 Comments

Selalu kita dengar yang terlebih BMI, berat badan atau gemuk mengalami masalah kesihatan tetapi bagi yang bertubuh kecil & kurus pun tidak lari dari masalah kesihatan seperti kolestrol. Jangan ingat badan kecil tak ada masalah kesihatan tau.


Kolestrol ni salah satunya. Kolestrol tinggi ni tak ada symptom, jadi baik buat pemeriksaan perubatan tahunan. Tahu-tahu karang kena serangan sakit jantung atau strok sebab kolestrol tinggi.


Tapi badan kita pun perlu kolestrol juga. Jangan terus buat kesimpulan kolestrol ni tak elok. Kolestrol ni adalah lemak yang diperlukan oleh sel-sel badan untuk membuat hormone, mencerna makanan dan lain-lain.


Kolestrol ni bergerak dalam aliran darah secara pakej. Siap pakej tu dalam bentuk lipoprotein. Lipoprotein ini pulak ada 2 jenis iaitu LDL (Low Density Lipoprotein)  dan HDL (High Density Lipoprotein). Lipoprotein ini penting dan perlu dalam tahap yang sihat. Kalau buat ujian kolestrol nanti doctor akan bagi ringkasan tahap kolestrol kita normal ke tak. 


Ringkasannya macam ni:




Lazim kita dengar LDL si jahat dan HDL si baik tapi kedua-duanya perlu ya. LDL ni jadi jahat bila terlalu tinggi ia akan membentuk plak dalam arteri. Arteri ni plak yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Bila dah terbentuk plak, aliran darah tersekat-sekat. Macam paip air, bila ada kotoran terkumpul dalam paip tapi pada masa yang sama pili air terbuka menyebabkan tekanan pada kotoran yang terkumpul lama-lama paip boleh pecah. Sama juga dengan arteri tadi...



Gambar rajah menunjukkan arteri yang normal pada B dan arteri yang telah ada plak pada C yang menyukarkan aliran darah.

HDL ni pula membawa kolestrol dari seluruh badan kembali ke hati untuk dikumuhkan daripada badan. Sebab itu HDL digelar si Baik.


LDL tinggi menyebabkan risiko penyakit jantung tinggi.
HDL tinggi menyebabkan risiko penyakit jantung kurang.



Kalau kolestrol tinggi lazimnya doktor akan bagi ubat untuk mengurangkan kadar kolestrol tadi. Jadi, makan ye ubat jangan tak makan. Kalau tak dijaga nanti boleh jadi teruk. Kesian kat orang yang tersayang.


Antara makanan yang boleh membantu mengurangkan kolestrol seperti fiber, produk berasaskan soya. Jadi, nak top up supplement macam ESP dari kacang soya non GMO &, omega-3 macam Omega Guard pun boleh juga. Selain itu, supplement Garlic / Bawang Putih dikatakan membantu juga untuk menurunkan kolestrol. Namun, ambil supplement jangan sembereno je ye...Penjelasan biar jelas setiap fungsi agar tidak bercanggah...
(Sumber: Sini)


Dapatkan nasihat daripada Pengedar Shaklee anda.

I'm Shaklee Independent Distributor.
Pn Emalin 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Selalu kita dengar yang terlebih BMI, berat badan atau gemuk mengalami masalah kesihatan tetapi bagi yang bertubuh kecil & kurus pun ti...

0 comments: