Pengurusan Stress Ibu Bekerjaya

5:57 am Emalin Mohd 2 Comments



Pernah terjadi tak? Anak-anak menjerit-jerit kat rumah. Si Ibu nak masak. Call Si Suami rupa-rupanya tengah minum kat luar dengan kawan. Apa rasa korang waktu tu? Apa yang korang buat? Sure terjerit kat anak punyalah...


Dah tu nak buat macammana?
 





Minggu lepas hadir ceramah agama yang dibuat kat pejabat setiap minggu. Topiknya amat kena dengan diri sendiri. Menangani stress....Siapa takda stress kat sini? Angkat keyboard?


Semua manusia dewasa yang normal ada stress. Yang takda stress tu dah masuk Hospital dah dalam rawatan sebab takda stress. Tapi, bagaimana nak handle stress ni supaya anak-anak tak stress dengan kita? Anak-anak pun stress juga ye bila mak asyik membebel ayah asyik marah-marah. Macam kita juga dulu masa kecil, mana suka kalau kena bebel.


Lagilah dunia mencabar ni. Dulu zaman kita masa anak-anak boleh lagi main sorang-sorang depan rumh, pergi kedai jalan kaki. Tu kat kawasan perumahan tu bukan kampung. Zaman ni minta dijauhkan la benda-benda tak baik daripada berlaku kat keluarga kita.


Seorang kakak sepejabat hari tu dapat Anugerah Ibu Cemerlang. Minta tips kat dia...Sikit je dia jawab. Ini pesanan kakak tu kepada saya.


Ingat masa kita dengan anak-anak ni. Tak lama. 12 tahun je. Lepas tu anak-anak dah masuk sekolah asrama, IPT dan bekerja. Dah duduk berjauhan. Dengan bekalan 12 tahun pertama ni yang penting. Jadi, jangan rasa penat dulu. INGAT!!! Anak-anak tak lama dengan kita.









Intipati ceramah agama hari tu menekankan pengurusan masa terutama untuk Ibu bekerjaya yang mana 70% masa di pejabat dan 30% di rumah. Jadi, 30% masa yang sedia ada ni nak dijadikan masa yang betul-betul berkualiti. Cakap mudah kan hakikatnya payah dan sukar jika tidak berdisiplin.


Situasi yang biasa apabila kita balik bekerja, badan dah penat dan lesu. Bila penat ni kita akan jadi cepat marah. Objektif kita pulak berlainan dengan objektif anak. Objekif kita lepas balik nak masak, nak kemaskan barang anak untuk esok dan nak pastikan kerja rumah anak siap. Objektif anak pulak, bila lepas balik dari sekolah/ taska/ tadika nak bercerita dengan ibu bapa. Bila tak diluangkan masa, mulalah anak-anak nak itu kejap nak ini. Ibu pulak tengah pegang senduk. Kalau tak sabar memang anak kena marahlah. Kecewalah anak kan. Dia pun ada mood. Lepas ibu dah siap semua, mood anak dah lain. Nak buat macam mana?


Tak lain tak bukan. Agihan tugas antara ibu dan ayah. Kalau ibu dan ayah duduk sekali. Kalau PJJ? Erm....Ayah kena main peranan untuk bermain dengan anak-anak mendengar luahan rasa hati anak-anak walaupun entah apa yang diceritakan. Dari 5 ayat yang keluar dari mulut si Comel, ayat pertama je yang faham sebab masih pelat. Tapi, kalau bagi perhatian kat si Comel ni memang galak dia bercerita.


Mungkin pada ibu dan ayah juga kena ada had masa bersama gadget. Ni untuk diri sendiri jugalah kan. Tetapkan tempoh masa tengok handphone tu. Ni tak, abis dah FB tu scroll ke atas ke bawah. Wassap lagi. Bayangkan, bila anak dah besar nanti buat yang sama kat kita. Mesti rasa tak dihargai...Ni debuss kat diri sendiri ni. Tak kata kat orang lain....huhuhu...


Penceramah hari tu Hj Hushim pun kata sebagai ibu bapa perlu banyak berkorban. Korbankan duit untuk pendidikan terbaik anak-anak, hantar anak-anak pergi kelas mengaji, kelas motivasi, kelas swimming, kelas memanah. Berikan aktiviti kepada anak-anak agar masa anak-anak tersebut diisi. Nak ajar sendiri? Pendidikan awal memang kena ibubapa yang ajar tapi....untuk details lagi hantr lah pada orang berkelayakan. Mengaji biar tajwi betul....Swimming biar sampai boleh selamatkan orang lain. Tu baru dari segi $$$.


Pengorbanan emosi pun perlu ada juga. Ibu bapa kena maintain suasana loving, aman damai dan bercakap dengan lemah lembut antara satu sama lain. Walau waktu tu dah berbulu dengan Suami sebab tengok ttv aja. Yang Suami pulak asyik berbulu dengan Isteri sebab asyik nak beli tudung je. Tudung pulak bukan RM10 ke RM50 tapi harga sampai RM200. Baru sehelai...Tu contoh....Jadi, yang tak puas hati kat satu sama lain tu pendam depan anak-anak. Rasa tak tahan sangat nak menangis. Pergi menangis dalam bilik air, buka air kuat-kuat sampai takda kedengaran bunyi tangisan. Jadi, bila anak-anak tengok suasana macam ni bahagian je. Tade lah nak terpekik antara anak-anak sebab ikut ibu bapa yang marah marah sampai jerit pekik antara satu sama lain. Jiwa anak yang tenang mudah diasuh. Betul tak?


Lagi tips yang dipelajari hari tu, buat sentuhan qalbu. Sentuhan qalbu ni ibu bapa hendaklah saling peluk dan cium anak-anak. Biasakan. Tapi bila ayah baru nak mulakan tapi anak dara dah umur 15 tahun. Tetiba peluk dan cium mau seriau anak tu kan...Jadi, dah terlambat ke? Tak lagi. Ajak anak-anak solat berjemaah dan peluk serta cium pipi anak-anak lepas solat. Bila dah biasa setiap kali nak keluar rumah, amalkan. Kita takkan tahu bila kali terakhir kita peluk cium ahli keluarga kita. Betul tak?


Tips lagi. Ibu bapa jangan berdendam dan jangan ego dengan anak-anak. Mengalah bukan erti kalah tapi ingin mengajar anak-anak lembut hati. Kan bagus sifat memaafkan. Sentiasa doa yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak-anak 'menjadi' orang kata, siapa yang tumpang bahagia dan gembira? Ibu bapa juga kan..


Tapi nak buat kat atas tu senang ke? Takda benda senang kat dunia ni jika tak belajar dan tak diamalkan. Nak berjalan pun berapa kali anak-anak kita terjatuh...Nak mendidik hati supaya sabar tu yang sukarnya. Hati anda, anda yang tahu..Jadi, tips lagi dari Hj Hushim, perbanyakkan amalan sunat seperti sedeqah,  solat tahajud, solat hajat dan solat taubat. Yang wajib tak perlu cakapkan... Amalkan...Semoga hati kita yang sukar dilembutkan berrjaya dilembutkan...Bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan diri sendiri juga.



Salam sayang,
Pn Emalin
 
 
"Nukilan ni ditulis bukan untuk mengajar sesiapa tetapi sebagai panduan diri sendiri yang kerap kali tersasar dari tanggungjawab untuk menjadi Ibu yang Berjaya mendidik anak-anak menjadi Umat Nabi Muhammad yang  Soleh dan Berjaya di dunia dan akhirat. Amin...".

Pernah terjadi tak? Anak-anak menjerit-jerit kat rumah. Si Ibu nak masak. Call  Si Suami rupa-rupanya tengah minum kat luar dengan kawa...

2 comments:

  1. tanggungjawab ibu yang berkerjaya mmg mencabar...nak jaga kerja lagi..anak lagi..suami lagi...memang respek kaum ibu yg berkerjaya dan berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul tu. Memang perlukan bantuan dari suami.

      Delete