Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil

11:40 am Emalin Mohd 0 Comments


 
Tahniah atas kehamilan anda!!! 

Cop......perlu ke vitamin dan supplement semasa hamil? 

Berapa sebenarnya keperluan vitamin semasa hamil ini? 

Perlu ke makan dengan kuantiti untuk 2 orang..Nanti gemuklah macam tu...

Saya memang tak lalu nak makan. Kalau makan, muntah. Makan, muntah. Tak larat rasa badan ni..
  

Itu antara persoalan yang timbul apabila ibu telah berjumpa 2 garis pada pregnancy kit. Lagilah untuk kehamilan pertama yang memang ditunggu-tunggu. Jadi, pastinya yang terbaik akan kita pilih untuk diri sendiri dan bayi terutamanya.

 Yang terbaik pastinya dari sumber makanan semulajadi dengan diet yang seimbang. Namun dengan keadaan sekarang ada yang tak cukup nutrisi yang diperlukan disebabkan kesibukan bekerja atau sukar mendapatkan makanan yang segar. Belum ditambahlagi dengan keadaan ibu hmil yang sering muntah, mabuk dan loya yang terkadang tidak dapat mencium bau makanan. Jadi, di sini menunjukkan betapa pentingnya supplement dan vitamin tambahan untuk ibu hamil.

Carta kat bawah ini menunjukkan berapa keperluan harian untuk ibu hamil. Contoh untuk kalsium, ibu hamil perlu mengambil 1000mg sehari dan diserap secara optimum. Segelas susu lazimnya hanya 250mg kalsium bergantung kepada jenis.

 
 Pengambilan vitamin dan supplement ini juga boleh membantu kesiatan bayi dalam memastikan bayi cukup berat serta mengurangkan risiko kecacatan bayi dan kelahiran bayi pra matang.

Berdasarkan petikan daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, antara vitamin dan supplement yang dicadangkan:
 
Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.




Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

 

Sumber: Sini

Untuk pertanyaan / tempahan:

Pn Emalin di 019250078

  Tahniah atas kehamilan anda!!!  Cop......perlu ke vitamin dan supplement semasa hamil?  Berapa sebenarnya keperluan vitamin se...

0 comments: