Petua Hilangkan Senggugut Dengan Shaklee

11:22 am Emalin Mohd 0 Comments



Dah kena PMS kena pulak senggugut? Pernah kena tak senggugut? 

Sakitnya..Memang pernah muntah dan pitamlah kena senggugut. Tangan kaki jadi seram sejuk. Berguling-guling menahan kesakitan. Masa tu, anak dara lagi. Emak pula kata sakit senggugut tu 1/10 daripada sakit bersalin. Terus terfikir tak nak bersalin waktu tu. Lepas tu mak sambung pulak kata, tapi lepas bersalin hilang senggugut. Dah rasa nak beranak plak. Haha..

Macam-macam tips dibuat waktu tu. Antaranya:

1) Letak air panas dalam botol kaca dan letak kat perut.
2) Seterika tuala dan letak kat perut.
3) Lumur perut dengan Minyak Panas Cap Harimau.


Alhamdulillah bila makin meningkat usia walau tak kahwin lagi waktu tu senggugut hilang sendiri. PMS je ada tapi tak teruk lah. Setakat craving coklat je. 

Jadi apa itu senggugut?

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut terbahagi kepada 2 iaitu iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder tapi kali ni fokus lebih kepada senggugut primer.

Senggugut primer terjadi akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Ianya selalu berlaku dengan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang , sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama  (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual (50%) dan muntah (25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang.

(Sumber: Sini
Selalunya, senggugut hilang bila darah haid yang berketul keluar, kan...

Senggugut sekunder lazimnya berlaku disebabkan sistem reproduktif seperti endometriosis. Tapi kali ni nak cerita pasal senggugut primer saja.

Nak sembuh dengan cepat untuk senggugut primer ini boleh je makan ubat tahan sakit macam ponstan tapi kalau dimakan sentiasa (bayangkan setiap bulan dan berbelas / berpuluh tahun jadi amalan) ada risiko apabila mengamalkan ubat penahan sakit ini seperti radang, pendarahan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan usus besar. Ngeri pulak tu dengarnya. Yang pil warna pink, glamour gak waktu tu tapi untuk saya tak serasi bila makan bertambah sakit. Dah tu nak buat macam mana?





Apa kata kita menggunakan sumber secara semulajadi yang boleh meniru fungsi ubat penahan sakit.


Vitamin B Complex

Mengandungi B6 untuk menghasilkan prostaglandin 'baik' yang membantu untuk meluaskan saluran darah berbanding dengan prostaglandin 'jahat' yang meningkatkan pengecutan rahim yang menyebabkan kesakitan.  Ada pula kajian yang meilbat vitamin B1 yang mana ia telah diberikan kepada 556 wanita ( berumur 12 hingga 21 tahun) yang mempunyai senggugut tahap sederhana hingga teruk. Sebahagian daripada wanita diberi B1 selama 90 hari dan kemudian ditukar dengan placebo. Lain-lain telah diberikan placebo yang pertama selama 90 hari dan seterusnya B1. 87 peratus daripada wanita telah sembuh sepenuhnya selepas memulakan rawatan B1 dan kesan ini kekal untuk sekurang-kurangnya dua bulan selepas B1 itu dihentikan .


Vitamin E

70 peratus wanita menyatakan suplemen vitamin E baik untuk merawat senggugut. Vitamin E juga dapat mengurangkan prostaglandin yang boleh menyebabkan kontraksi uterus yang menyebabkan senggugut.



Sustain Release Vitamin C dengan bioflavonoids

Bioflavonoids membantu dalam mengurangkan keradangan dan melicinkan pergerakan otot.

  
Ostematrix (Mengandungi Magnesium)

Magnesium bertindak sebagai relaxant otot dan ia telah terbukti membantu menghilangkan sakit belakang yang selalu terjadi semasa senggugut. Magnesium juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan prostaglandin 'tidak baik ' yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Vitamin B6 yang terdapat dalam Vitamin B Complex bekerjasama dengan magnesium untuk menukar lemak penting ke prostaglandin berfaedah. 

Zink

Galian ini adalah penting untuk penukaran kepada asid lemak perlu.

Omega Guard (Asid Lemak Omega 3)

Juga dapat mengurangkan prostaglandin 'jahat' yang boleh menyebabkan kontraksi uterus yang menyebabkan senggugut. Prostaglandin 'jahat' ini lazimnya terhasil daripada pengambilan asid lemak tepu yang tinggi seperti produk tenusu. Inilah penyebab kepada radang di bahagian pelvis.

(Sumber: Sini) 

GLA Complex
Ini antara produk yang glamour dalam Shaklee di kalangan wanita. Ia adalah gamma linolenic acid (GLA) daripada bunga borage yang mengandungi GLA lagi tinggi daripada Evening Primrose Oile. GLA juga berfungsi dalam membentuk prostaglandins yang membantu pengaliran darah dan juga melindungi dinding arteri. Ia juga diperkaya dengan vitamin E. Jadi, tidak hairanlah GLA Complex menjadi kegemaran wanita.


Banyak pilihan tak semestinya perlu nak beli semua. Bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Konsultasi percuma untuk uols... 

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Dah kena  PMS  kena pulak senggugut?  Pernah kena tak senggugut?  Sakitnya..Memang pernah muntah dan pitamlah kena senggugut. Tanga...

0 comments: