Endometriosis & Cyst





Sejak dua menjak ni, ada beberapa kenalan memberitahu mereka menghidap endometriosis dan cyst. Apa itu cyst? Apa itu endometriosis? Penyakit yang sama ke atau berbeza?

Berdasarkan kajian Endometriosis Research Centre tahun 2002 menganggarkan 77 juta wanita di seluruh dunia menghidap endometriosis.





Endometriosis ialah kehadiran tisu endometrium di luar rahim dan lazimnya ada pada sekitar pelvik. Ia selalu berada di luar ovari, tiub fallopio atau rahim dan berlaku pada wanita yang ada haid. Jarang kita mendengar anak gadis yang belum didatangi haid atau wanita yang telah putus haid mengalami endometriosis.


Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometrium asing turut membesar seperti tisu endometrium di dalam rahim. Ini disebabkan ia memberi tindak balas yang sama kepada hormon yang melibatkan ovari iaitu estrogen, progesteron, dan androgen. Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan tertutup. 

Maka, pendarahan menyebabkan keradangan di endometriosis dan menyebabkan kesakitan.


SIMPTOM

Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang simptom tetapi ramai mempunyai satu atau lebih simptom berikut:



* Sakit teruk di bahagian pinggul (pelvik)
* Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
* Sakit semasa qada’ hajat dan/atau semasa haid
* Selalunya pendarahan haid yang banyak
* Pendarahan sedikit (spotting) di antara tempoh haid atau beberapa hari sebelum haid
*Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar mengandung secara semulajadi. 


DIAGNOSIS

Untuk mendiagnosis endometriosis, terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya pemeriksaan fizikal dan pinggul (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca lain yang memberikan kesakitan dan masalah.

Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.




Laparoskopi adalah satu prosedur di mana doktor akan memasukkan alat kamera ke dalam tubuh pesakit melalui lubang yang dibuat di bahagian abdomen pesakit. Jika bahagian itu ada endometriosis, maka melalui alat laparoskopi, doktor akan memotong dan membuang tisu endometriosis tersebut.


MAKANAN YANG PATUT DIELAKKAN DAN DIAMALKAN





RAWATAN MODEN

Mengikut teori, endometriosis tidak dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptomnya boleh dikawal. Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopaus.

Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.

1) Ubat penahan sakit 
Seperti ibuprofen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada lapan daripada 10 orang pesakit yang mengalami kesakitan abdomen.

2) Pil Perancang Keluarga 
Hormon daripada pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada bengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.

3) Gonadotropin-releasing Hormone Agonists (GnRH) 
GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat daripada GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari. 

Akibatnya, wanita mengalami menopaus. Ini hanya untuk sementara. Kesan sampingan seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.

4) Pembedahan 
Untuk membuang tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun melalui laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis teruk dan sudah tidak mahu hamil lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.


RAWATAN LAIN 

1) Rawatan al-Quran

Surah Maryam ayat 77 hingga 98
Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43

Cara amalan ayat al-Quran, pesakit membaca surah pertama iaitu surah Maryam tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ibrahim tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa untuk penyembuhan.
Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin Allah.


Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia



2) Supplement / Vitamin
Endometriosis boleh dicetuskan oleh gabungan faktor termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan dan kekurangan nutrisi dari pemakanan. Supplement tertentu bukan sahaja dapat menguatkan sistem imun tetapi boleh membantu dalam ketidakseimbangan hormon. Dengan kesihatan yang optimum, Insyaallah mekanisme badan boleh melawan penyakit. 

Multivitamin dan Mineral
Multivitamin dan mineral yang berkualiti adalah asas supplement dalam memastikan bahawa badan mendapat 'sedikit segala-galanya' . 


Vitamin B

Vitamin B adalah sangat penting untuk penghidap endometriosis kerana ia boleh menukar estrogen yang berlebihan ke dalam bentuk yang lebih lemah dan kurang bahaya . Vitamin B6 pula boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat endometriosis. Vitamin B juga penting bagi penukaran asid lemak ke dalam prostaglandin baik yang perlu dan mempunyai kesan menenangkan pada otot rahim dan mempunyai ciri-ciri anti -radang. 



Vitamin E
Ia dapat melegakan senggugut yang dialami oleh wanita.



Vitamin C dan bioflavonoids
Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun badan kerana imuniti badan yang tinggi dapat memastikan agar patch endometrium tidak berlaku. Bioflavonoids pula dapat mencegah daripada radang. 


Magnesium

Magnesium bertindak dalam memastikan otot dalam keadaan relaks dan membantu dalam mengelakkan daripada sakit belakang. 



Omega 3
Omega 3 ialah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan di dalam badan dan perlu diperolehi daripada pemakanan. Omega 3 membantu dalam memastikan hormon berfungsi dengan sihat dan memelihara sistem pembiakan wanita.

Sumber: Sini

Jadi, apa kaitan dengan cyst? Cyst ialah kantung tisu yang boleh diisi dengan udara, cecair, nanah, atau bahan lain. Cyst ada pelbagai jenis dan cyst yang disebabkan oleh endometriosis dipanggil endometriomas dan boleh mengganggu kesuburan. 


Untuk mendapatkan supplement / vitamin di atas di bawah satu jenama boleh dapatkan daripada keluaran Shaklee.




* Multivitamin & Mineral - VITALEA
* Vitamin B - Vitamin B Complex
* Vitamin C dan Bioflavonoids - Sustain Release Vitamin C
* Magnesium - Ostematrix
* Omega 3 - Omega Guard

Hubungi Pn Emalin di 019-2500978 atau
PM: www.facebook.com/mesages/emalinmohdmall

No comments:

Post a Comment