Pengalaman Menghidap Ovarian Cyst
Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua Pembaca,
Kisah ini adalah daripada pengalaman seorang adik semasa sekolah, Azmawati dan dengan izin beliau saya nukilkan di sini agar kita semua dapat sedikit 'hint' untuk mengambil berat keadaan diri kita.
Lumrah bila menjadi ibu, isteri, anak perempuan dan juga pekerja kita ni selagi terdaya (walau menggigihkan diri dan walau sampai membongkok badan menahan sakit) kita akan kata diri kita sihat dan tak ada apa-apa.
Kisah ovarian cyst berdasarkan pengalaman Azmawati:
Setiap kali perayaan tahun baru Cina, mengingatkan saya kepada peristiwa cyst n appendic yg saya alami setahun yang lepas.
3 hari sebelum tahun baru Cina, perut saya mula meragam, saya juga berasa sakit yang amat di bahagian rahim setiap 5 minit, sakit itu mencengkam rahim saya.
Apa yang saya fikir waktu itu, "Kalau sakit sangat, takder rahim pun takperlah," itulah yang saya ulang2kan akibat tidak dapat menahan dengan sakit yang menyerang setiap lima minit.
Tibanya hari tahun baru Cina, selepas balik kerja saya terus rush ke emergency ward di hospital Putrajaya dari Shah Alam.Saya masih ingat bagaimana saya menahan sakit di perut, sambil drive kereta manual, sebelah tangan kanan pegang stering kereta, tangan kiri pula berselang seli memainkan peranannya untuk menukar gear kereta dan menahan sakit di perut. Masa itu saya rasa macam dah nak mati. Rasa macam rahim saya pecah.
Sampai saja di emergency ward, 3 doktor pakar turun dan selepas scan, mereka nampak dalam perut saya ada cyst, untuk confirm kan penyakit ni, mereka tolak pula saya ke labour room, turun lagi 3 doktor pakar dan after scan n buat x ray, mereka nampak saya ada 2 cyst terletak di tepi rahim kiri dan kanan, dan tambah lagi satu penyakit dengan appendic.
Malam itu saya diminta berpuasa sebelum esoknya doktor nak buang 2 cysts itu n appendic. Cyst sebelah kiri bersaiz 4cm, doktor kata macam saiz bola golf, sementara cyst sebelah kanan bersaiz 2cm.
Masa nak buang tu, doktor mendapati cyst sebelah kiri dah pecah dan berlaku bleeding dalam perut. Doktor ambil masa yang lama untuk buat apa yang patut dengan dalam perut saya selama kira-kira 6-7jam tak salah saya berada dalam bilik operation tu. Waktu itu, memang saya dibiuskan sepenuhnya, sedar-sedar jam 7 lebih, dah mahgrib, baru doktor kejutkan saya.
Pengalaman menahan sakit dari cyst n appendic ini memang saya tak boleh lupakan. Kepada kawan-kawan yang ada sakit di bahagian perut atau rahim, rasa macam mencengkam-cengkam setiap lima minit, saya syorkan pergi buat pemeriksaan doktor pakar. Mungkin anda salah seorang pengidap penyakit berkenaan.
Sekurang-kurangnya langkah awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Contoh imej ovarian cyst:
Sayangi diri anda dan sesungguhnya MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
Salam sayang,
Pn Emalin
0 comments: