5 Tips Pilih Skin Care Terbaik

5:30 pm Emalin Mohd 4 Comments

Banyak-banyak jenama skin care di pasaran, apa yang membuatkan anda tertarik untuk memilih dan seterusnya menggunakan skin care tersebut?



Adakah berdasarkan jenamanya atau viralnya skin care tersebut? Macam baru-baru ini viral skin care untuk menghilangkan jerawat sehingga dikhabarkan habis stok di kebanyakan farmasi popular.

Kali ini saya ingin berkongsi 5 tips pemilihan skin care.

1. Jenis Skin Care Sesuai Dengan Jenis Kulit Wajah
Anda tahu jenis kulit wajah anda? Berminyak? Kering? Kombinasi? Atau kering? Pemilihan skin care yang sesuai dengan kulit boleh mengubah kadar kejayaan penggunaan skin care tersebut. Dan anda mungkin akan mengalami break out yang lebih teruk sekiranya memilih jenis skin care yang tidak bersesuaian dengan kulit.

Erm..anda kurang pasti jenis kulit anda? Sebenarnya ada wujud sejenis skin care yang sesuai dengan semua jenis kulit. Best kan? Jaid tidak kisahlah anda tahu atau tidak tahu jenis kulit anda. Yang penting skin care jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau! Ianya SELAMAT.

2. Non Comedogenic. 
Apakah maksud non-comedogenic ini (nak sebut pun dah berbelit lidah). 

Non comedogenic ini bermaksud tidak menyumbatkan liang pori. Bayangkan kalau produk skin care tersebut jenis yang menutup liang pori. Itulah puncanya terjadi masalah kulit seperti blackhead, whitehead dan jerawat. Lagi bertambah teruk pula apabila wujud bakteria pada kulit. Lagi bertambah jerawat yang muncul umpama pokok lalang mendapat baja.

3. Diuji Oleh Ahli Dermatologi
Skin care yang baik dan selamat seharunya telah diuji oleh ahli dermatologi iaitu pakar berkaitan kulit. Ia amat penting untuk mengetahui tahap selamat bahan yang digunakan di dalam produk tersbeut dan kesannya ke atas kulit kita sama ada jangka masa panjang atau pendek.

Kita pun pastinya tidak mahu skin care yang mencantikkan kulit namun rupa-rupanya merosakkan buah pinggang.

Agak terkejut bukan? Sapu pada kulit wajah namun yang rosaknya buah pinggang. 

4. Diuji Oleh Ahli Oftalmologi
Ahli oftalmologi pula ialah yang mengetahui dan pakar tentang mata. Produk skin care yang telah diuji dajn disahkan selamat oleh pakar mata menjadi extra tips pilihan. 

Ia memastikan apa pun yang disapu pada kulit wajah tidak memberikan kesan yang negatif juga pada mata.

5. Halal 
Bagi pengguna Islam, ini faktor terpenting pemilihan skin care. Sebaik mana pun skin care yang dijual tersebut, sekiranya mempunyai unsur-unsur yang meragukan  janganlah pilih. Lebih baik lagi jika skin care tersebut diasilkan 100% daripada tumbuh-tumbuhan tanpa melibatkan unsur haiwan mahupun uri. Sudah adakan produk sekarang yang menggunakan uri bayi?

Jadi berdasarkan 5 tips di atas, apakah jenama skin care yang anda pilih? Atau jika anda keliru, was-was dan sebagainya apa kata pilih sahaja YOUTH. Ia menepati kesemua 5 ciri tersebut.



Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 019 250 0978
www.wasap.my/60192500978

Banyak-banyak jenama skin care di pasaran, apa yang membuatkan anda tertarik untuk memilih dan seterusnya menggunakan skin care tersebut? ...

4 comments:

  1. Nice sharing, kena pilih yang terbaik macam Youth...

    ReplyDelete
  2. Iya kena titik berat semua tips,sebab muka bahagian yg Kita lihat terus dari jauh.

    ReplyDelete