Simptom Penyakit HFMD Dan 6 Langkah Pencegahannya

1:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kes HFMD pada kanak-kanak meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Itu yang antara menjadi tajuk akhbar. Dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan bahawa peningkatan kes bermula dari bulan April lagi.

penyakit kaki tangan dan mulut


Penyakit HFMD ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. (Sumber: KKM)

Apa simptom penyakit HFMD ini?
Lazimnya anak yang mengalami HFMD akan mengalami demam dan ada kalanya cirit-birit juga berlaku. Dan antara tanda yang paling penting ialah akan timbul seperti biji-biji kecil yang berair (vesicles) dan selalu ada di kawasan tapak tangan, tapak kaki, ulcer dalam mulut. Namun vesicles ini juga boleh muncul di punggung, ketiak dan lutut. Jika tiada vesicles di tapak kaki dan tangan kemungkinan besar ianya bukan HFMD. Walau bagaimanapun hanya pakar perubatan yang boleh mengesahkannya.

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari sepuluh (10) tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. 

Sehubungan itu, ibu bapa yang mengesyaki anaknya mengalami HFMD agar mengambil langkah-langkah pencegahan berikut supaya ia tidak menjangkitkan pula penyakit tersebut kepada kanak-kanak lain.


Nak tak nak ibubapa perlu mengambil cuti agar anak hanya berada di rumah dan untuk mengelakkan penyebaran penyakit tersebut cumanya tidak semua boleh mengambil cuti panjang dan selalu bukan?

Ia memang menjadi dilema kepada ibubapa bekerja sebenarnya dan yang berjauhan daripada keluarga, bukan?


Kes HFMD pada kanak-kanak meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Itu yang antara menjadi tajuk akhbar. Dan pihak Kementerian Kesihatan...

0 comments: