Perjuangan di Waktu Pagi

Waktu pagi..
Antara waktu yang paling mencipta kekalutan
Boleh menjadi pemangkin kegembiraan di sepanjang hari
Boleh juga jadi pembunuh semangat dan layu di kemudian hari


Waktu pagi..
Apabila menjadi Ibu
Tambahan pula minggu genting
Untuk anak menghadapi peperiksaan
Salah perkiraan, semua yang dibuat tak menjadi

Waktu pagi..
Ibu sudah bangkit seawal 5.00 pagi
Menyiapkan keperluan anak-anak
Dan tiba masa bergerak ke sekolah
Baju Ibu sudah lencun bak pelari marathon

Waktu pagi..
Sebelum mata lelap di malam hari
Sudah direncana masakan esok hari
Sarapan pagi, bekalan anak mahupun santapan malam hari
Agar perut anak kenyang dan suka hati
Akhirnya Ibu juga yang tersenyum sendiri

Waktu pagi..
Masa berharga bagi Ibu ini
Itulah 'me time' tanpa sesiapa sedari
Syaratnya kena bangun awal di waktu pagi





2 comments:

  1. tiba masanya,
    anak membalas jasa,
    agar usaha ibu tidak sia-sia,
    biarlah dgn keputusan cemerlang sahaja,
    supaya ibu senyum gembira,

    ReplyDelete
  2. Semoga ia menjadi kenyataan
    Doa Ibu tiada hijab dan batasan

    ReplyDelete