Cara Mengelak Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) Yang Mudah Berjangkit

Penyakit kaki, tangan dan mulut amat mudah berjangkit. Lagi-lagi kalau anak duduk di taska.

penyakit kaki, tangan dan mulut

Apabila anak terkena penyakit HFMD memang anak tidak dibenarkan untuk ke taska dan perlu dikuarantin di rumah.

Di rumah pula risiko berjangkit dengan adik-beradik yang lain.

Apabila dikatakan penyakit kaki, tangan dan mulut selain daripada demam yang dialami akan terdapat lepuh pada tangan, kaki dan juga di dalam mulut.


Memandangkan ketika ini masih tiada vaksin untuk penyakit ini, apa yang penting sebagai ibu bapa ialah untuk mengelakkan jangkitan daripada berlaku kepada anak-anak.

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah:

1) Menjaga kebersihan dengan memastikan bahawa anak yang telah terkena jangkitan diasingkan dahulu daripada adik-beradik yang lain. 

2) Ibubapa juga hendaklah memastikan bahawa mencuci tangan sebersih-bersihnya setelah mengendalikan anak yang terkena jangkitan seperti selepas menukar lampin anak.

3) Sekiranya di tempat ibubapa sedang mengalami serangan HFMD, elakkan daripada membawa anak ke tempat terbuka seperti padang permainan, kolam renang mahupun pusat membeli-belah.

4) Ajar anak mencuci tangan dengan betul dan sebersih-bersihnya.

5) Meningkatkan tahap imunisasi badan anak dengan memberikan multivitamin dan juga vitamin C.

6) Memastikan anak minum air secukupnya terutama semasa mengalami penyakit HFMD. Ulser dalam mulut anak mungkin menyebabkan anak enggan makan dan minum.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

 
Bagi mendapatkan set yang boleh meningkatkan imunisasi badan anak, hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

2 comments: