Cara Makan Pil Zat Besi Yang Betul Untuk Menaikkan Hb Ibu Hamil
Hb rendah adalah salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh ibu hamil.
Kiraan
Hb atau hemoglobin ini amat penting bagi memastikan bahawa kandungan
darah ibu normal dan bukan petanda ibu menghidap anemia.
Kiraan Hb normal bagi ibu hamil ialah 11.6-13.9 g/dl untuk trimester pertama dan Hb berkurangan dengan semakin besarnya kehamilan.
Bacaan Hb normal semasa hamil:
Trimester pertama: 11.6-13.9 g/dl
Trimester pertama: 11.6-13.9 g/dl
Trimester kedua: 9.7/14.8 g/dl
Trimester ketiga: 9.5-15 g/dl
Bagi memastikan hemoglobin dihasilkan dengan secukupnya, zat besi amat diperlukan. Hemogoblin adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh badan.
Sekiranya diet ibu kurang zat besi, badan akan menggunakan zat besi yang disimpan di dalam badan dan akhirnya kekurangan zat besi di dalam badan boleh membawa ke apda anemia.
Sekiranya diet ibu kurang zat besi, badan akan menggunakan zat besi yang disimpan di dalam badan dan akhirnya kekurangan zat besi di dalam badan boleh membawa ke apda anemia.
Kekurangan zat besi yang akhirnya Hb menjadi rendah dan seterusnya ibu mengalami anemia boleh menjadi punca kepada keguguran, kelahiran pra matang, kekurangan
berat badan, murung selepas bersalin dan peningkatan kepada ibu
meninggal dunia.
Antara diet yang tinggi kandungan zat besi ialah ayam, sayur hijau, kekacang, bijirin penuh,
prun, kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu. Wanita hamil memerlukan
lebih 50% zat besi daripada wanita yang tidak hamil iaitu daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
Sekiranya Hb ibu hamil masih rendah, pil mengandungi zat besi disyorkan iaitu dengan kandungan sebanyak 30mg. Sekiranya pengambilan zat besi melebihi yang disyorkan kemungkinan ibu akan mengalami sembelit, loya atau cirit-birit.
Bagi memastikan penyerapan secara efektif zat besi tersebut, ibu hamil disyorkan agar:
- Jangan makan pil zat besi bersama kalsium termasuk susu, produk tenusu dan sumber kalsium yang lain
- Mengambil pil zat besi semasa perut kosong akan meningkatkan kadar serapan zat besi
- Pil zat besi juga baik dimakan bersama pil vitamin C atau minuman dan makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti jus oren dan jus jambu batu.
- Pil zat besi juga boleh diambil bersama vitamin lain seperti Vitamin B Complex dan Vitamin C.
- Ambil tablet zat besi samaada 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan
Sekiranya ibu hamil masih mengalami sembelit dengan pengambulan pil zat besi, cuba minum jus prun ataupun amalkan Ostematrix Shaklee yang mengandungi magnesium. Magnesium membantu dalam melancarkan pergerakan usus agar lebih mudah lawas.
Untuk tempahan / pertanyaan tentang vitamin dan supplement Shaklee, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978
teringat zaman mengandong dulu...rindunya
ReplyDeleteBila dikenang balik memang rasa best kan?
DeletePerkongsian yang berguna buat para ibu...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat hendaknya
Deletesaya tengah pregnant .
ReplyDeletejemput jenjalan blog saya.
http://sasuzanazanudin.blogspot.com/2015/08/tips-kurus-selepas-raya.html
Semoga sihat hendaknya sepanjang kehamilan
DeleteZat besi memang diperlukan oleh ibu mengandung untuk memastikan tahap hb ibu senantiasa diparas normal.
ReplyDeleteHaah sangat perlu..
DeleteThanks infonya... sangat berguna dijadikan panduan untuk mereka yang mengambil Suplimen zat besi..
ReplyDeletekalau nak minum pil zat besi sekali minum air sunquick tu bole ka ya? jus apa yg d sarankan
ReplyDelete