Petua Untuk Menghilangkan Ketiak Hitam

12:00 pm Emalin Mohd 2 Comments

Kulit di bawah ketiak hitam? Walaupun gaya pemakaian kita tidak mendedahkan ketiak namun kala terlihat di cermin terdetik di hati...


Aduh..hitamnya ketiak?

Apa nak buat ni?

Bawah lengan atau kawasan di sekitar ketiak adalah kawasan yang amat sensitif sebenarnya. Tambahan lagi kalau salah cara bercukur atau tersilap menggunakan produk, kesannya mungkin berwarna hitam.

Bagi yang telah mengalami keadaan ketiak berwarna hitam, 3 petua tradisional ini boleh dicuba:

1) Lemon atau limau kasturi
Lemon atau limau kasturi adalah sumber vitamin C secara semulajadi dan juga boleh berfungsi sebagai peluntur tanpa kesan yang mudarat. 

Hanya perlu potong lemon atau limau kasturi tadi dan kemudian gosok di ketiak setiap kali waktu mandi. 

2) Timun, limau nipis dan kunyit
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas untuk dijadikan pes. Kemudian, sapukan pada ketiak dan biarkan sehingga kering. Setelah kering, bolehlah dibilas dengan air bersih.

3) Ubi Kentang
Potong ubi kentang dan gosokkan pada ketiak sebelum mandi dua kali sehari. 

Bagi yang ingin mencuba cara moden pula antara rawatan yang boleh dicuba ialah waxing, laser treatment dan melanin treatment

Bagi mengelakkan ia berulang kali terjadi lagi, antara tips yang boleh digunakan untuk mengelakkan ketiak menjadi hitam ialah:

1) Sentiasa bersihkan ketiak terutama selepas ebrpeluh. Lap sehingga kering selepas mandi.

2) Buang bulu ketiak samaada bercukup atau waxing.

3) Elakkan memakai pakaian ketat pada ketiak kerana ia mengurangkan pengudaraan. Ada yang berkata ia juga punca, ketiak mudah berkedut dan menjadi hitam.

4) Jangan sembur pewangi terus pada kulit ketiak. Tindak balas antara peluh dan metallic salts pada pewangi tersebut boleh menjadi punca perubahan pada kulit ketiak.

5) Gunakan deodoran antibakteria pada ketiak selepas mandi.

Cukur bulu ketiak adalah antara cara yang paling popular digunakan untuk membuang bulu ketiak. Salah gaya mencukup boleh menyebabkan ketiak menjadi warna gelap kehitaman.


Tips Mencukur Bulu Ketiak

1. Mandi sebelum bercukur
Mandi boleh melembutkan bulu ketiak untuk memudahkan bercukur.

2. Gunakan krim/gel khas bercukur
Krim / Gel khas bercukur bukan hanya untuk jambang dan misai malah sesuai digunakan untuk ketiak. Ia akan melembutkan bulu ketiak dan memudahkan bercukur. 

3. Elakkan sabun
Sabun hanya akan mengeringkan lagi kulit dan sepatutnya dielakkan.

4. Cukur arah rambut tumbuh
Mencukur arah rambut atau bulu ketiak tumbuh adalah lebih baik untuk kesan cukur lebih lama dan kemas.

5. Bilas pisau cukur dengan air
Jangan mencukur semula tanpa pisau cukur dibilas. Ini kerana rambut atau bulu yang terlekat pada pisau cukur boleh menghalang kelancaran proses mencukur seterusnya.

6. Elakkan wangian
Jangan terus mengenakan deodoran atau pewangi ketiak kerana selepas bercukur liang-liang kulit di bawah ketiak terbuka. Dikhuatiri deodoran dan pewangi tersebut terus masuk ke dalam kulit.

7. Bercukur sebelum tidur
Bercukur sebelum tidur dan tidak mengenakan apa-apa deodoran mahupun pewangi pada ketiak dapat memberikan kulit bernafas dan berehat.

Walau bagaimanapun, bagi yang inginkan kulit cerah sekata boleh juga mencuba Vitamin C.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) +60192500978

Kulit di bawah ketiak hitam? Walaupun gaya pemakaian kita tidak mendedahkan ketiak namun kala terlihat di cermin terdetik di hati... Ad...

2 comments:

  1. kena ubah cara mencukur kalau macam ni. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...cara cukur tu pun effect gak

      Delete