7 Tips Makan dan Minum Untuk Kurus
Orang kata siapa yang ada kadar metabolisme tinggi sangat untung. Sebab apa? Sebab nampak mereka ini makan mentekedarah kekdahnya tapi badan slim.
Siapa tak cemburu kan? Menikmati makanan tanpa risau badan naik seperti dipam-pam.
Nah, ini tips untuk meningkatkan kadar metabolisme badan yang tidak melibatkan senaman dan hanya melibatkan makan dan minum.
1) Minum air secukupnya.
Secara am, 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Jika berat 75kg? 3 liter air sehari.
2) Makan kerap tetapi dengan hidangan yang kecil.
Makan kerap memastikan kita tidak berada di dalam keadaan kelaparan. Jadi pengambilan makanan dapat dikurangkan.
3) Makan makanan yang pedas
Pernahkan terjadi apabila kita makan makanan pedas, badan kita berpeluh? Cili mengandungi capsaicin yang memberikan rasa pedas dan mampu
membakar lemak sehingga 30 minit selepas makan makanan pedas.
4) Minum teh Hijau
Teh Hijau selain daripada baik untuk detoks ia juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
5) Makanan dari sumber protein
Protein memberikan rasa kenyang lebih lama daripada karbohidrat. Contoh sumber protein ialah ikan dan bagi karbohidrat pula seperti nasi. Rasa kenyang yang lama memberikan peluang kepada anda untuk mengurangkan nafsu makan sekaligus boleh mengurangkan berat badan.
6) Makanan mengandungi Omega 3
Makanan yang mengandungi Omega 3 seperti ikan bilis, tuna dan salmon membantu menstabilkan gula dalam darah sekaligus mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu penghasilan hormon Leptin yang berfungsi untuk mengurangkan nafsu makan.
7) Mulakan hari dengan sarapan Pagi
Sarapan Pagi amat penting diambil kerana ia memberikan tenaga setelah kali terakhir mengambil makanan mungkin 10 jam yang lalu. Sarapan Pagi juga dapat mengelakkan anda menjadi terlalu lapar menyebabkan makan melebihi had pada waktu tengah hari.
Nampak mudah bukan? Sebab ia melibatkan hanya makanan dan minuman. Pasti ramai mampu melakukannya.
Kalau untuk ibu yang baru bersalin dan ingin kurus cepat? Lain sedikit tipsnya seperti yang dikatakan di dalam video ini.
Ok.. best dengar.. nak wat.. pergh ~ haha.. disiplin2.. tp part minum air tu baru start.. hehe\
ReplyDeleteMy blog :
http://segalaceritera.com/
Mula sikit-sikit tapi berterusan...
DeleteMula sikit-sikit tapi berterusan...
Deleteyg paling penting displin dan mengawal nafsu makan
ReplyDeleteDisiplin tu memang penting. Kalau berdisiplin, insyaallah nafsu makan boleh dikawal..
Deleteadoi...mmg mencabar nak kurus ni..hehehe
ReplyDeleteKan...impian ramai orang..tapi kurus yang sihatlah..tak nak lah kurus tak sihat...
DeleteBoleh boleh :)
ReplyDeleteSaya sedang amalkan tips di atas. Memang berkesan walaupun perlahan.. Kalau nak cepat kesannya, tambah dgn bersenam.. :)
ReplyDeleteTerbaik lah! Perkongsian yg sgt mmbantu
ReplyDelete