8 Fakta Tentang Strok Yang Patut Diketahui
Strok! Mendengar sahaja perkataan strok sudah cukup menakutkan kita. Terbayang saudara atau rakan yang sudah mengalami strok dan akibatnya kini hanya mampu terlantang di atas katil. Hatta, untuk memakai baju pun perlukan bantuan.
Ada yang mampu pulih akibat strok dengan fisioterapi dan rawatan yang sesuai..tapi ada juga sehingga kehilangan nyawa.
8 fakta tentang strok ini mungkin boleh membantu anda atau orang yang tersayang. Yang penting mencegah lebih baik daripada mengubati.
8 FAKTA
❤️ Mengambil supplement vitamin B kerana ia mampu merendahkan homosistein. Homosistein ini sejenis bahan kimia di dalam darah yang meninggikan risiko terkena strok.
❤️ Berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari iaitu lebih kurang 2 jam dan 2 kali seminggu.
❤️ Melakukan aktiviti senaman selama 30 minit setiap hari. Kesannya? Ia mengurangkan tekanan darah dan radang serta meningkatkan kecekapan insulin dan kawalan gula di dalam darah.
❤️ Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya terdapat ahli keluarga terdekat sudah mengalami strok. Kajian yang dilakukan mendapati risiko meningkat 2 kali ganda sekiranya ada ahli keluarga menghidap strok.
❤️ Sekiranya ukur lilit pinggang 93% lebih tinggi daripada ukur lilit pinggang atau lebih dikenali buncit, risiko akan meningkat 3 kali Ganda.
❤️ Persatuan Jantung Amerika pula menyatakan seorang daripada 4 orang yang terkena strok adalah penghisap rokok. Nikotin dan pelbagai toksin lain yang disedut menjadi punca pembekusn darah yang menyebabkan strok.
❤️ Prof Walter Kernan dari Universiti Yale menyatakan setiap peningkatan 20 mata systolic atau 10 mata systolic menggandakan risiko kematian akibat strok.
❤️ Pengambilan alkohol atau minum arak meningkatkan sehingga 42% mengalami strok. Ini dinyatakan oleh penyelidik dari Harvard.
Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978
penting untuk bersenam dan jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat kan...supplemen pun banyak membantu :)
ReplyDeleteBersenam tu sebenarnya susah nak buat mula-mula kan..
Delete