5 Tips Berhenti Merokok - Pengalaman Isteri Perokok

4:50 am Emalin Mohd 0 Comments


Alhamdulillah, tahun ini tika ini dah 4 tahun Suami Tersayang BERHENTI MEROKOK sepenuhnye. Memang amat bersyukur, amat suka dan rasa amat berbaloi walau waktu itu masa proses nak berhenti tu tahap KESABARAN teruji ke tahap tertinggi.

Suami memang kuat sangat merokok suatu ketika dulu lagi2 bila tengah stress. Non stop merokok. Sehari boleh habis sehingga 2 kotak...brand Dunhill yang saiz besar pulak tu. RM10 sekotak ketika itu. Kalau cerita azamnya berhenti merokok memang dari sebelum kahwin. Janji lepas berkahwin nak berhenti. Dah kahwin tukar plak lepas dapat anak pertama. Lepas bersalin anak pertama tak jugak berhenti. Semua janji manis je kan? Dulu, jenuh nasihat, berjaya jugak la....tapi bila lepas 2-3 minggu, sambung balik hisap, tak sampai sebulan pon. Malahan bertambah teruk dos merokok tu jadi dua kali ganda. Sampai satu tahap, tak naklah nasihat sebab tengok gaya lagi teruk ketagihnya bila stop sekejap pastu mula balik. Macam2 teknik si encik suami mencuba termasuk teknik sedikit demi sedikit mengurangkan kuantiti tapi tak berjaya jugak. 

Alhamdulilah, pada bulan Ramadhan tahun 2011 segalanya berubah. Selepas dikurniakan puteri pertama kami, en suami kembali berazam untuk berhenti untuk kali yang keberapa entah. Sebab sudah terkena janji manismu yang entah berapa kali tu, iyakan aja lah. Tak excited pun. Mnasa tu tinggal hanya beberapa batang rokok je yang tinggal dalam kotak. Mengikut en suami, itu adalah rokok dia yang terakhir dihisap sebelum berhenti. Yela...time puasa kan..sehari boleh isap 3-4 batang je...

Masuk hari ketiga Ramadhan, rokok yang baki tadi habis! Lepas berbuka puasa, en suami tidak merokok buat kali pertama! Wow...sangat suka okeh....Keadaan itu kekal sehingga suami balik dari terawih dan masuk tidur. Memang tak ada bau melekat kat baju. Alhamdulillah...permulaan yang baik untuk kami sekelurga.

Hari ke-5 ramadhan...

Macam biasa..en suami akan pulang ke rumah dari tempat kerja bersama dengan juadah ringan untuk berbuka setiap hari. Tiba-tiba ternampak suami keluarkan sekotak rokok dunhill baru (belum bukak) atas TV. Errmmm...dalam hati dah agak juga...tak berjaya lagilah kali ni..Bila ditanya katanya untuk PSIKOLOGI..Entah apa kaitan dengan PSIKOLOGI dengan ROKOK. Esok check balik rokok tu tengok tak buka lagi...Wow...Ok..Boleh berjaya ni..

TIPS 1: BOLEH MULAKAN DI BULAN RAMADHAN






Sebulan berlalu, Alhamdulillah berjaya berhenti merokok namun kotak rokok masih ada. Dari sebulan ke sebulan kotak rokok tersebut tak berusik. Tapi, kalau jumpa kawan-kawan yang merokok lain memang perlekehlah. Ni depan saya pernah ada yang kata. Ala baru sebulan..Tunggu setahun...Lepas setahun...Kata lagi ala baru setahun..Tunggu 2 tahun...Alhamdulillah masuk 4 tahun Suami tak pernah dah hisap rokok lagi. Sekarang ni, even Suami pun tak tahan bau rokok.


TIPS 2: BE PREPARED!! GODAAN AKAN DATANG DARI KAWAN-KAWAN SENDIRI


Apa peranan Isteri, Anak-anak dan Keluarga waktu ini? Pernah dengar HEALING CRISIS tak? Sesetengah orang terutama yang makan supplement / vitamin nak membetulkan system badan menglamai HEALING CRISIS. Sama macam perokok yang nak meninggalkan ketagih merokok. SESETENGAH ye..ada yang tak alami langsung HEALING CRISIS ni..


TIPS 3: FAHAMI HEALING CRISIS


TAPI.....ada tapinya...En suami mula diserang pelbagai penyakit. Pernah dengar HEALING CRISIS? Keadaan tubuh badan yang bertambah teruk ketika kita ingin membetulkan semula badan. Sama dengan keadaan semasa mula makan vitamin / supplement. Masa HEALING CRISIS ni, kesihatan Suami turun mendadak. Kerap demam, selsema pastu batuk macam nak pecah bunyinya. Belum lagi dengan mood Suami yang tak stabil. Kerap marah serba tak kena...Suami sedar dia alami benda ni sebab nak hilangkan ketagih sebab dia pernah kata kalau teruk macam ni kesannya dia nak sambung merokok. Sebab kesian kat saya dan anak-anak kena marah tak tentu pasal.

Saya, kata A BIG NO...kalau selama ni saya boleh tahan dia merokok kenapa dia nak berhenti merokok ni saya tak boleh tahan. Saya kata part anak-anak biar saya handle. Dan Alhamdulillah Suami terjumpa klinik yang support usaha nak berhenti merokok. Memang doctor tu banyak juga tolonglah..Bukan bagi ubat pun...Yang penting memang Doktor kata ni HEALING CRISIS bukan sebab ada penyakit lain muncul tiba-tiba. Jadi, apa maksudnya sokongan dari klinik ni kalau bukan minta ubat? Sebab pernah satu ketika dalam sebulan juga, setiap minggu Suami MC 2 hari..Bayangkan...haa...sebab tu perlu sokongan dari klinik.


TIPS 4: DAPATKAN SOKONGAN DARI KLINIK


Jadi waktu ni memang Isteri kena sabar dan handle anak-anak agar Suami dapat atasi HEALING CRISIS ni. Memang 1000% sokongan diperlukan. Wah..over..1000%..Mana taknya salah tukar channel tv pun kena marah. 

Tahap KESABARAN ditingkatkan. Sokongan waktu ni memang penting agar usaha tidak berhenti di tengah jalan. InsyaAllah, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT.


TIPS 5: SOKONGAN DARI AHLI KELUARGA



Tiada yang mustahil jika kita inginkannya..Dan tiada apa yang baik tentang MEROKOK ini. Cer cuba try test list KEBAIKAN MEROKOK ni?? Kalau ini dikatakan KEBAIKAN??






p/s: Tapi kan sekarang ada cara lebih mudah untuk berhenti merokok..Nak tau? Tonton video ini.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Alhamdulillah, tahun ini tika ini dah 4 tahun Suami Tersayang BERHENTI MEROKOK sepenuhnye. Memang amat bersyukur, amat suka dan rasa ama...

0 comments: