Susu Ibu Sikit
Kawan A: Kak, tolong..susu saya tak ada
Emalin: Haa? Tak ada? Macammana tau tak ada?
Kawan A: Baby asyik hisap susu je. Pastu tak tido lama.
Emalin: Poo & pee baby ok tak?
Kawan A: Ok kak.
Emalin: Kenapa nak baby tido lama?
Kawan A: Saya nak ....... (isi tempat kosong sendiri..)
Situasi 2:
Kawan B: Kak, saya pam susu dapat sikit je. Dapat 2 auns je. Tu pun lama.
Emalin: Berapa umur anak?
Kawan B: Dah sebulan kak.
Emalin: Berapa kali menyusu dalam masa sehari?
Kawan B: Saya bagi waktu malam je kak. Siang saya bagi susu formula.
Emalin: Berapa kali bagi susu formula?
Kawan B: Saya bagi susu formula 6 kali sehari.
Emalin: Awalnya bagi susu formula. Kenapa?
Kawan B: Puting sakit
Emalin: Baby menyusu kat aerola ke puting?
Kawan B: Kat puting
Situasi 3:
Kawan C: Malin, saya pam dapat sikit je. Dapat 4 auns. Anak perlukan 8 auns sehari.
Emalin: Berapa kali pam sehari waktu kerja?
Kawan C: 2 kali je sebab tak sempat.
Ini antara situasi rakan-rakan yang pernah diutarakan kepada saya. Betul ke susu ibu sikit dan tidak dapat menampung keperluan bayi? Berapa sebenarnya yang bayi perlukan?
Tu sekadar guideline sahaja. My bb girl, menyusu 2 auns sahaja tapi berat naik ok. My bb boy dulu menyusu 3 auns . See..beza kan. Yang penting baby kita poo dan pee serta berat bayi naik dengan cantik je ikut graf. Perasan tak, breastfeed baby ni badannya nampak slim tapi berat?
Menyusukan anak memang perlu ilmu dan kemahiran. Menyusukan anak bukan seperti membuka paip air. Pair air yang dah lama pun berkarat juga sikit juga air yang keluar. Paip air tapi kalau sumber air dicatu, tak keluar juga airnya kan.
Niat menyusukan bayi memang sudah cukup baiz tetapi lebih baik kalau dilengkapi dengan ilmu. Sekarang kan maklumat di hujung jari. Ada banyak kumpulan sokongan untuk penyusuan susu ibu. Taip kat google tu beratus website yang keluar.
Berbalik kepada cerita kat atas, penyusuan SUSU IBU perlu kepada konsep asas yang pertama "DEMAND" vs "SUPPLY". Apa maksudnya? InsyaAllah, jika ibu tiada masalah memang susu ibu tersebut ada susu badan.
Susu ibu akan dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa. Maksudnya, apabila ibu kurang menyusukan bayi atau tidak menggantikan sesi penyusuan dengan memerah susu samaada menggunakan Teknik Marmet atau pam, jadi otak menerima signal bahawa susu kurang diperlukan. Disebabkan itu susu ibu menjadi semakin sikit. JADI KONSEP INI SUPER DUPER PENTING. Tak buat yang asas ini memang SUSU SIKIT PUNYA.
Ehem ehem...masa bila nak makan SET 3M SHAKLEE ini? Apabila:
- Ibu nak susu menjadi pekat
- Menambah kuantiti susu ibu (yang ni bila dah buat konsep "Demand" vs "Supply" ye)
- Muka nampak tak bermaya
- Masih penat walau tidur mencukupi
- Gusi berdarah semasa menggosok gigi
- Nak hilangkan stress dan penat
Ibu kena pastikan bayi menyusu / memerah susu tidak melebih 2-3 jam sekali. Jangan sampai melangkau 4 jam atau menunggu sehingga susu rasa penuh baru nak pergi pam. Alasan Ibu kalau pam masa penuh akan dapat banyak susu. Itu terjadi untuk sekali dua saja. Nanti apabila merudum, nak naikkan memang perlukan semangat, usaha berkali-kali ganda. Sila-silap, kena bengkak susu, lagi sakit.
Nak bertangas ke nak bertungku memang best. Dapat manjakan diri. Tapi, nak kurangkan sesi penyusuan kerana sebab bertangas dan bertungku tu macam kena betulkan. Kenapa bertangas dan bertungku? Salah satu sebabnya nak cepatkan pengecutan rahim. Tahu tak kalau menyusukan bayi tersebut boleh mempercepatkn pengecutan rahim? Kan dapat faedah 2 dalam 1. Rahim kecut, bayi mendapat makanan yang berkhasiat.
Puting sakit. Kenapa puting sakit? Sebab utamanya pelekapan bayi tidak betul. Bayi sepatutnya menghisap aerola dan bukannya puting. Bayi yang menghisap puting selain menyebabkan ibu merasa sakit juga tidak mendapat susu secukupnya. Ini disebabkan saluran susu terdapat di bawah aerola bukan pada puting.
Jadi, macammana nak buat ini:
1) Pastikan cara pelekapan bayi yang betul
2) Enjoy the moment - yang ini penting. Ibu tak boleh stress. Kalau ibu stress susu tak dapat nak keluar.
4) Tambah sesi penyusuan untuk yang telah memberi susu formula secara perlahan-lahan. Contoh, daripada 6 sesi susu formula kurangkan menjadi 5 sesi dan 1 lagi sesi tersebut digantikan dengan penyusuan susu ibu. Bagi sesi formula tersebut, Ibu diminta untuk mengosongkan payudara secara mengepam atau Teknik Marmet.
5) Kosongkan payudara selang masa 2 atau 3 jam sekali samaada secara direct feeding, memerah menggunakan tangan atau menggunakan pam.
6) DEMAND vs SUPPLY. Semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan tetapi BUKAN OVERNIGHT. KONSISTEN kata kuncinya.
7) Jangan lupa semasa berusaha, TAWAKAL dan DOA kepada YANG MAHA ESA. Tiada kejadian tanpa izinNya.
Sehingga bertemu lagi.
SALAM SAYANG pembaca semua
Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
5) Kosongkan payudara selang masa 2 atau 3 jam sekali samaada secara direct feeding, memerah menggunakan tangan atau menggunakan pam.
6) DEMAND vs SUPPLY. Semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan tetapi BUKAN OVERNIGHT. KONSISTEN kata kuncinya.
7) Jangan lupa semasa berusaha, TAWAKAL dan DOA kepada YANG MAHA ESA. Tiada kejadian tanpa izinNya.
Sehingga bertemu lagi.
SALAM SAYANG pembaca semua
Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
0 comments: