Paracetamol Penyebab Autisme?

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Selamat tapi tak selamat?
Paracetamol dikatakan selamat diambil semasa mengandung.

Tetapi artikel di dalam The Star, 2 Oktober 2014 oleh Dr Yao Sik Chi, Presiden, Kuching Autistic Association menyatakan sebaliknya.

Penggunaan paracetamol semasa hamil mungkin penyebab kepada kenaikan kadar autisme, hyperaktif dan asthma di kalangan kanak-kanak.

Di dalam artikelnya menyebut, kanak-kanak autisme mempunyai defective sulfation iaitu tidak dapat menyahtoksik acetaminophene. Ia menjadi toksin di dalam badan.

Kesannya pula menyebabkan pertumbuhan berlebihan bakteria Clostridia sekaligus meningkatkan dopamine di dalam otak. Dopamine berlebihan menyebabkan tingkahlaku obsesif, kompulsif dan stereotypical. Pada masa yang sama norepinephrine di dalam otak berkurangan menyebabkan kurangnya tingkahlaku untuk meneroka persekitaran. Itulah kesan penggunaan Acetaminophen di kalangan Ibu hamil.


Keratan Akbar artikel berkaitan.

Semoga semua ibu hamil berada dalam keadaan sihat demi bayi yang tersayang.


Selamat tapi tak selamat? Paracetamol dikatakan selamat diambil semasa mengandung. Tetapi artikel di dalam The Star, 2 Oktober 2...

0 comments: