Cara Hilangkan Mabuk Perjalanan

5:26 pm Emalin Mohd 0 Comments

Mabuk perjalanan. Antara perkara yang tak disukai walaupun perjalanan untuk percutian itu dinantikan. Setiap kali ingin mulakan perjalanan, bila terbayang 'scene' terdahulu yang mana pening kepala sehingga membawa ke muntah mesti tak seronok untuk menempuh perjalanan.

Dulu asam satu kemestian untuk bekal dalam perjalanan.

Kenapa mabuk perjalanan terjadi?

Mabuk terjadi disebabkan kecelaruan koordinasi anggota badan dan otak. Sebagai contoh, semasa membaca buku di dalam kenderaan. Otak mengesan terdapat pergerakan yang berlaku namun mata hanya melihat buku yang tidak bergerak. Ini menyebabkan otak menjadi keliru dan boleh menyebabkan mabuk.

Bagaimana nak kurangkan risiko mabuk?

Bagi mengurangkan risiko mendapat mabuk semasa di dalam perjalanan, sedikit tips yang boleh diamalkan:

1) Duduk menghadap hadapan. Ada kenderaan seperti keretapi yang mempunyai tempat duduk bertentangan. Elakkan duduk bertentangan dengan arah pergerakan kenderaan.

2) Lihat pemandangan di luar kenderaan. Sekiranya berada di laut, lihat ke arah ufuk iaitu di mana laut dan langit kelihatan bercantum.

3) Duduk di bahagian tengah kenderaan terutama jika menaiki kapal terbang atau bot untuk mengurangkan rasa pergerakan tersebut.

Selain daripada itu, doktor juga boleh memberikan ubat tahan muntah atau ada yang membekalkan gelang / peralatan yang diletak di telinga bagi mengurangkan risiko mabuk.

Lagi? Apa lagi yang boleh dijadikan alternatif selain daripada ubat tahan muntah?

Makan vitamin / supplement!!!

➡️ Chewable vitamin C sesuai sangat menggantikan asam. Rasanya masam manis dan boleh dikunyah sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa.

➡️ Performance Drink mempunyai rasa oren. Rasa masamnya boleh menghilangkan rasa loya di samping menghidratkan badan.

➡️ B Complex mempunyai fungsi penenang dan juga kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan rasa loya. Tapi pastikan B Complex tidak diambil semasa perut kosong. 

➡️ Ostematrix juga boleh diambil sebelum memulakan perjalanan. Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix boleh menenangkan saraf.

➡️ Peppermint-ginger plus pula boleh dikunyah begitu sahaja atau dibancuh di dalam air panas atau teh panas. Rasanya berangin dan boleh menghilangkan rasa tidak selesa di dalam perut.

Jadi semak dulu jika Ada vitamin dan supplement tersebut di rumah boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan rasa mabuk.

Tak ada? Ingin mencuba?

Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Mabuk perjalanan. Antara perkara yang tak disukai walaupun perjalanan untuk percutian itu dinantikan. Setiap kali ingin mulakan perjalanan,...

0 comments: