Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

6:59 pm Emalin Mohd 1 Comments

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!
Happy breastfeeding weeks!
Setiap tahun pada minggu pertama Ogos sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu diadakan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya susu ibu untuk bayi.

Tahun ini temanya Breastfeeding: A Winning Goal For Life.


Wah...for life tu...bukan jangka masa pendek maksudnya. Mendalam sangat maksud tu.

Apa maksudnya untuk anda?

Dan tahun ini tahun ke 8, penyusuan susu ibu untuk anak-anakku. Tanpa disedari, rupa-rupanya saya dah menyusukan anak bermula tahun 2006 tanpa henti.  

Mudah? Pasti tidak namun tidak mustahil. 

Ia perlukan gabungan 3 perkara utama iaitu:
▶️ Ilmu
▶️ Kemahiran
▶️ Sikap

Kalau dalam teori HRD pun 3 Perkara ini sangat penting dalam pembangunan modal insan.

Ilmu perlu dicari, digali sebanyak-banyaknya. Sekarang lagi mudah. Dengan hanya menggunakan jari, ilmu boleh diperolehi. Nak dalam bahasa Melayu ada. Bahasa omputih lagilah banyak. Nak yang dalam bentuk saintifik hasil kajian banyak. Nak baca pengalaman orang pun banyak. Terpulang nak pilih yang mana. 

Kemahiran boleh diasah sedari mengandung lagi. Bagaimana ? Pernah pergi ke Klinik Kesihatan kan? Jururawat mengajar menggunakan anak patung. Cara pegang bayi, kedudukan badan ibu dan bayi boleh dipelajari tika ini. 

Apa-apa pun berbalik pada Sikap kita. Jika kita jenis yang DEGIL dalam erti kata lain apa pun cabaran yang dihadapi sanggup direnangi, Insyaallah kita berjaya  menyusukan anak kita sehingga 2 tahun. 

Jadi, ibu di luar sana....
Happy Breastfeeding ...

Lots of love ❤️❤️ from Emalin

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia! Happy breastfeeding weeks! Setiap tahun pada minggu pertama Ogos sambutan Minggu Penyus...

1 comment: