Sembelit Semasa Berpantang Menyebabkan Buasir

2:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Antara yang ditakuti ramai wanita ialah mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar semasa berpantang. Namun memang ramai yang mengalaminya antara 30-40% mengalami sembelit semasa berpantang.




Anda pernah alaminya?

Apa punca sembelit semasa berpantang? Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Tak mustahil pengalaman anda juga.

1) Takut untuk membuang air besar

Ya. Tidak dinafikan ada yang menahan diri untuk membuang air besar. Ini disebabkan mengenangkan jahitan yang banyak setelah bersalin. Rasa takut timbul kerana risaukan jahitan terbuka apabila meneran. Semakin lama menahan rasa buang air besar semakin tinggi risiko sembelit kerana najis semakin keras. Macam lucu kan? Tapi, untuk yang dah merasa dijahit banyak tu nak melangkah besar-besar pun takut. Apatah lagi duduk mencangkung. Siap ada yang pernah cerita bersimpuh dalam tandas duduk. 

2) Diet

Pemakanan yang tidak sempurna kerana terlalu mengikut pantang. Pernah saya jumpa ibu berpantang yang hanya makan nasi putih bersama ikan masin sahaja diawal tempoh berpantang. Dan cara berpantang ini atas nasihat orang tua beliau. Jadi, tidak mustahil sembelit berlaku. 

3) Kurang minum air masak

Ada ibu berpantang yang tidak dibenarkan untuk minum air dengan banyak atau tidak mencukupi sebenarnya. Sebab? Kata orang-orang tua, tak elok untuk faraj. Kalau tak berpantang pun boleh sembelit kan kalau kurang minum air.

Bahaya tau sembelit ni. Lama-lama boleh jadi buasir atau nama lain hemoroid. Buasir terjadi apabila salur darah di kawasan dubur menjadi bengkak akibat selalu meneran. Akibatnya, tekanan yang diberikan di kawasan sekitar (meneran) boleh menyebabkan pendarahan. Dah sakit 2 kali iaitu sembelit dan buasir.

Nak guna julap? Bahaya juga tu kalau tanpa nasihat doktor. Mana taknya pakai julap kan waktu tu juga rasa nak keluar. Takkan ibu berpantang nak berlari ke tandas pulak.

Jadi, apa tips untuk kurangkan risiko terkena sembelit?

1) Biasakan diri membuang setiap hari terutama di waktu pagi. Mula-mula memang tak rasa apa tapi jika dah buat banyak kali termenung, berjaya juga membuang kemudiannya.

2) Makan makanan yang tinggi seratnya seperti oat, roti bijirin penuh dan buah-buahan. 

3) Minum air dengan banyak dan boleh tambah juga jus buah seperti prun. Jadi dapat 2 khasiat dalam 1 iaitu air dan serat.

Tapi kan rupa-rupanya ada vitamin yang boleh mengurangkan risiko sembelit ni.

MAGNESIUM 
Lazimnya magnesium digabungkan dengan kalsium agar memaksimumkan penyerapan kalsium. Namun magnesium mampu mengurangkan risiko sembelit dengan:

1) Melancarkan pergerakan usus kerana magnesium boleh membantu dalam kawalan otot. 

2) Magnesium juga menarik lebih banyak air. Sekaligus ia melembutkan najis dalam kolon dan memudahkan najis keluar.

Magnesium terbaik pula boleh didapati di dalam Ostematrix Shaklee kerana ramai yang sudah mencuba dan mengakui lebih lawas di waktu pagi ketika mengambil Ostematrix di sebelah malam.

Yang best nya, Ostematrix sedia ada di dalam pakej Set Bersalin Shaklee. Jadi pastikan anda membelinya untuk persediaan bersalin.  

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.


Jom beli. Klik bawah ni je.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e1eeca17b9dfcdcb83cf616b66de2bef

Untuk tempahan vitamin anda:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Antara yang ditakuti ramai wanita ialah mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar semasa berpantang. Namun memang ramai yang men...

0 comments: