Petua Atasi Rambut Gugur

5:55 am Emalin Mohd 0 Comments


 
Rambut adalah mahkota kita tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Rambut merupakan anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih menarik dan berseri walaupun sesetengah orang selesa dengan keadaan botak.
Kebiasaannya rambut gugur sebanyak 50 hingga 100 helai sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya rambut gugur terlalu banyak, semakin menipis atau botak ia akan merisaukan kita.

PUNCA RAMBUT GUGUR

1) Telogen effluvium

Telogen effluvium adalah satu keadaan yang berlaku selepas mengandung, pembedahan, penurunan berat badan secara drastic atau tekanan yang melampau. Ia juga boleh menjadi kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, seperti antidepresan , beta -blockers dan ubat anti-radang non-steriod.

2) Keturunan
Ia lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia yang mana seseorang itu cenderung untuk kehilangan rambut sekiranya ibu / bapa mengalami masalah yang sama.


 
3) Hypothyroidism

Keadaan di mana hormone thyroid dirembes melebihi normal. Hormon ini mengawal kadar metabolise badan yang mengatur termasuk pertumbuhan rambut.


4) Lupus

Lupus adalah penyakit kronik autoimun di mana sistem imun badan sendiri menyerang tisu yang sihat.  Antara tanda-tandanya ialah keletihan melampau, sakit kepala, ulser mulut, dan sendi bengkak. 



5) Kekurangan Zat Besi

Tidak cukup sel darah merah iaitu darah yang mengangkut oksigen ke sel-sel di seluruh badan. Ia memberikan tenaga. Antara tanda-tandanya ialah:

- Keletihan melampau
- Kulit pucat.
- Sakit kepala
- Sukar menumpukan perhatian
- Tangan dan kaki sejuk
- Keguguran rambut


6) Polycystic ovarian syndrome (PCOS) 
PCOS juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

7) Kulit Kepala Tidak Sihat
 

Kulit kepala tidak sihat boleh menyebabkan radang yang menjadikan sukar untuk rambut tumbuh. Antara keadaan kulit kepala yang tidak sihat  termasuk dermatitis seborrheic (kelemumur), psoriasis dan jangkitan kulat seperti kurap.

Dermatitis Seborrheic menjadikan kulit kepala berminyak yang mungkin disebabkan oleh yis dipanggil Malassezia, perubahan hormone atau minyak yang berlebihan pada kulit. Psoriasis pula adalah di mana keadaan autoimun yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit berlebihan.
8) Alopecia Areata


Alopecia areata adalah gangguan autoimun di mana sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut.



Makanan Mencegah Keguguran Rambut


Telur Dan Daging Ayam

Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.


Gandum

Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.
Buah kering dan kekacang

Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.


Tauge

Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.


Sayuran Hijau

Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.


Buah-buahan Segar

Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.


Makanan Laut

Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.


Salmon

Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.


Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.


Air Masak

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Supplement Yang Boleh Membantu Untuk Keguguran Rambut
B COMPLEX
Sebagai anti stress dan memberikan tenaga. Ia mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik.


VITAMIN C

Kekurangan nutrien vitamin C membawa kepada penyakit yang dipanggil skurvi, tanda- tandanya adalah kehilangan rambut. Vitamin C membantu pembentukan protein kolagen, yang merupakan sebahagian daripada rambut yang sihat dan kulit. Syarikat-syarikat kosmetik menambah vitamin C untuk krim kulit atas sebab ini. Kolej Sains Kesihatan Huntington mencadangkan mengambil 100 mg ke 200 mg Vitamin C harian.
VITA-LEA
Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita dan diperkayakan dengan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keguguran rambut.
ZINC

Zink digunakan oleh badan untuk merangsang pertumbuhan DNA, menurut Huntington Kolej Sains Kesihatan. Ia mengesyorkan dos 15 mg setiap hari untuk membantu rambut tumbuh lebih cepat.


GLA Complex

Menstabilkan Hormon di dalam badan bagi kes keguguran rambut akibat hormon.


ESP (Energizing Soy Protein)


ESP adalah sumber protein yang mana protein diperlukan untuk pertumbuhan rambut.



Sumber: Sini & Sini



Nak dapatkan supplement untuk kesihatan rambut?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

      Rambut adalah mahkota kita tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Rambut merupakan anugerah berharga yang penting. Rambut ...

    0 comments: