Misi Mencari Money Changer Di Ampang
Alkisah minggu lepas mencari money changer atau pengurup wang untuk buat tukaran RM kepada Yen.
Kalau sebelum ini ramai yang kata money changer di Mid Valley Megamall amat berbaloi namun masa yang terhad sukar pula untuk ke sana.
Memandangkan sebelum ini pernah tukar mata wang di dalam Supermarket Lulu, saya dan suami terus ke sana dan bolehlah serampang dua mata untuk window shopping dulu.
Money changer di Supermarket Lulu terletak di Ground Floor dan bersebelahan kedai emas. Jadi, tukaran mata wang hari tersebut di money changer di Supermarket Lulu bernilai 37.7.
We sell
We buy
Apa maksudnya?
Sebab sudah lama tak menukar mata wang, nak digest info pun lambat berapakah yang akan dapat kalau tukar RM sebanyak ini. Jadi untuk mudah, terus tanya kaunter.
Kalau nak buat tukaran RM1,000 akan dapat berapa Yen?
Haaa. Lagi mudah kan? Nanti mereka akan quote kan pada kita. Kalau cukup boleh teruskan.
Tapi malangnya, money changer tersebut tidak cukup Yen untuk ditukar. Terpaksa tukar plan dan terus Google money changer lain berdekatan Ampang.
Terjumpa beberapa web seperti di bawah yang menyenaraikan money changer siap dengan kadar tukaran.
Jangan terus excited!! Hubungi dulu nombor tertera dan sahkan dulu kadar tukaran sebelum ke money changer tersebut.
Sebab ada yang saya hubungi kadar tukaran tidak sama dengan yang tertera. Lagi satu tanya juga ada stok atau tidak. Kalau kadar tukaran sudah baik namun stok tiada di money changer tersebut pun tidak ada gunanya juga.
Bagi saya, saya memang fokus mencari money changer di Ampang iaitu sekitar Ampang Point dan Bandar Baru Ampang sebab berhampiran. Tak berapa rajin nak pergi money changer jauh-jauh. Lainlah nak tukar sampai Rm10,000 kot. Itu baru berbaloi pergi yang jauh-jauh. hihihihi
Akhirnya money changer di dalam Spectrum Ampang yang sebelah dengan kedai emas Poh Kong bagi nilai Yen paling tinggi, berhampiran dengan lokasi dan yang lebih penting boleh dapatkan stok dalam masa sejam.
So berakhirlah misi mencari money changer kami pada hari tersebut.
Korang selalu tukar mata wang kat mana?
LuckyClub Casino Site Review & Bonus Codes
ReplyDeleteLucky Club Casino is the luckyclub.live best of all the other popular online casinos out there, offering a huge range of games, a wide variety of games and the best