6 Punca Jeragat Dan Cara Mengatasinya Tanpa Menggunakan Laser

8:49 am Emalin Mohd 2 Comments

Jeragat! Adakah anda pernah melakukan survey bagi menghilangkan jeragat di muka? Tahukah anda bahawa rawatan menghilangkan / membuang jeragat mencecah ribuan ringgit?

Dan sekiranya ibubapa kita mempunyai jeragat, anak-anak juga berisiko untuk mempunyai jeragat atas faktor keturunan. Adakah kita mampu mengelakkannya? Atau hanya berserah sahaja disebabkan ianya telah tertulis di dalam DNA kita?

Terdapat 5 faktor lain yang menjadi punca kepada jeragat selain daripada faktor keturunan.

1. SINARAN UV MATAHARI


Jeragat boleh terhasil akibat tiada perlindungan terhadap sinar UVA. Tahukah anda bahawa sinar UV boleh memasuki rumah sehingga 50% dan 60% sekiranya berada di dalam kenderaan? Apabila berada di dalam rumah, ada beranggapan bahawa kita telah dilindungi sepenuhnya oleh matahari dan tidak mengenakan sunscreen pada kulit wajah.

Jadi sebaiknya perlindungan matahari sentiasa dipakai awalaupun berada di dalam rumah.

2. KURANG VITAMIN B12


Lazim kita mendengar bahawa vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah bukan? Namun selain itu, fungsi lain vitamin B12 ini adalah untuk mengekalkan kesihatan kulit dengan membantu dalam penghasilan melanin dengan kerjasama vitamin B yang lain.

Rangkaian vitamin B ini boleh diperolehi daripada makanan seperti susu, keju, yogurt, telur atau mengambil vitamin B Complex.

3. KEROSAKAN KULIT
Apa maksudnya? Apabila kulit mengalami radang seperti akibat jerawat dan eczema, akan muncul jeragat di kawasan tersebut. Ini disebabkan kesan radang ini telah mengaktifkan melanocytes di dalam kulit. Melanocytes ini adalah sel spesifik penghasilan melanin. Penghasilan melanin yang terlau banyak di sesuatu kawasan (akibat jerawat dan eczema sebagai contoh) akan menghasilkan jeragat di kawasan tersebut.

Selain itu, kulit yang tercedera kemungkinan tidak dapat menghasilkan pigmen kulit yang baru seperti sebelum ini. Apabila pigmen kulit yang baru tidak dapat dihasilkan, pigmen yang lebih gelap dihasilkan pada kawasan kulit yang tercedera menyebabkan kawasan kulit tersebut lebih gelap daripada sekitar.

4. KETIDAKSEIMBANGAN HORMON


Anda sedang hamil atau mengambil perancang kehamilan? Anda mengalami perubahan pada kulit wajah seperti munculnya tompok-tompok hitam?

Jangan panik. Perubahan pada hormon estrogen dan progesterone boleh menjadi punca kepada jeragat. Hormon ini boleh mempengaruhi dalam penghasilan melanin dikenali sebagai melasma.

Lazimnya, ia akan hilang selepas kelahiran bayi atau setelah berhenti mengambil perancang kehamilan.

Namun tidak semua bernasib baik. Ada kesan yang kekal bersama-sama. 

Adakah cara untuk menghilangkannya? Baca sehingga habis ya.

5. PENGAMBILAN UBATAN TERTENTU


Ada sesetengah ubat seperti retinoid, antibiotik, ubat sawan, ubat hormon mempunyai kesan terhadap kulit iaitu terjadinya jeragat.

Kemungkinan ubatan tersebut menjadi punca kepada perubahan hormon di dalam badan sekaligus mempengaruhi penghasilan melanin.

Namun pastinya pengambilan ubatan tersebut memberikan kesihatan yang lebih baik dan penghasilan jeragat tidak mengganggu taraf kesihatan. Hanyalah jeragat tersebut kelihatan sahaja yang menyebabkan mungkin rasa tidak berpuas hati terhadap kulit sendiri. 

Antara keenam-enam punca jeragat tersebut, kesan daripada sinaran UV sebenarnya faktor terpenting penghasilan jeragat. Ini disebabkan sinaran UV akan diterima sepanjang hari dan sepanjang tahun terutama bagi penduduk Asia. Penduduk Asia juga antara yang mengalami kesan jeragat ketara.

TIPS MENGURANGKAN JERAGAT
Tips ini mungkin berkesan sekiranya jeragat yang dialami tidak terlalu teruk atau tidak kelihatan tebal.

Antaranya:
  • Menyapu aloe vera atau minyak vitamin E pada kawasan jeragat
  • Memastikan pengambilan air yang mencukupi untuk menyahtoksin daripada badan
  • Menggosok lembut lemon  pada jeragat
  • Menggosok kentang pada jeragat
  • Mencampurkan jus lemon dan madu dan menyapunya pada jeragat serta dibiarkan seketika sebelum dicuci
  • Campurkan oat, susu dan gula perang dan dijadikan skrub
  • Menyapu cocoa butter pada kawasan jeragat

Anda inginkan tips yang lain dan lebih berkesan?





Jika anda inginkan supplements yang mengandungi vitamin, mineral dan skin care di atas, hubungi:

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 019 250 0978
www.wasap.my/60192500978


Penafian: Segala maklumat di dalam blog ini berkaitan produk kesihatan Shaklee bukan bertujuan menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan.

Jeragat! Adakah anda pernah melakukan survey bagi menghilangkan jeragat di muka? Tahukah anda bahawa rawatan menghilangkan / membuang jerag...

2 comments:

  1. wah !! best nih.. al maklum la.. makin meningkat usia ni makin risau dengan tekstur kulit muka ha.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tau. Kalau tak buat test kulit tu tak tau pun kulit ada masalah lain

      Delete