Cara Mengeringkan Luka Selepas Bersalin Normal dan Pembedahan Yang Mudah

11:12 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ibu yang bersalin normal atau pembedahan antara yang perlu dijaga dengan sebaiknya ialah jahitan samaada jahitan di "bawah" untuk yang bersalin normal atau jahitan pembedahan c-sect.

Pastinya ibu inginkan luka cepat kering dan sembuh. Jangkitan pada jahitan adalah mimpi ngeri bagi seorang ibu dalam berpantang. Sakitnya bukan kepalang.

Bagi ibu yang bersalin normal, tuala wanita dinasihatkan ditukar dengan kerap dan bahagian sulit perlu dicuci dan dipastikan kering.

Bagi yang mengalami pembedahan pula, ada yang takut untuk mandi kerana takutkan jahitan pembedahan menjadi lembap dan untuk mengeringkannya pula ada yang khuatir dan takut untuk memegang kawasan jahitan.

Tetapi ada cara yang mudah sebenanrnya untuk mengeringkan kawasan jahitan tanpa perlu menyentuh kawasan jahitan tersebut.


Tahu tak peralatan apa ini dan kegunaannya?


Pengering rambut atau hair dryer.

Ia boleh digunakan untuk mengeringkan kawasan luka jahitan tanpa menyentuh langsung tempat jahitan tersebut.

Ia memudahkan ibu untuk membersihkan diri dengan air tanpa risau untuk mengeringkannya selepas itu.

Jangan risau selepas ini ya ibu. Cuma sediakan pengering rambut sahaja dan harganya pun tidak mahal.


Salam hormat,
Pn Emalin Mohd 

Untuk tempahan / konsultansi rangkaian produk Shaklee, SMS atau Whatsapp 0192500978

Ibu yang bersalin normal atau pembedahan antara yang perlu dijaga dengan sebaiknya ialah jahitan samaada jahitan di "bawah" untuk...

0 comments: