Menghilangkan Sembelit, Buasir dan Sakit Kepala Semasa Hamil Serta Luka Bersalin Cepat Sembuh
Pernah dengar atau alami tak pengalaman ngeri semasa hamil dan berpantang sehingga rasa trauma? Antara yang dialami oleh ibu ini ialah:
- Sembelit sehingga pendarahan berlaku
- Selalu mengalami kekejangan kaki atau cramp
- Jangkitan pada jahitan sehingga perlu dibuka dan dijahit semula secara tanpa ubat bius
- Sakit kepala yang sangat teruk
- Luka lambat sembuh sehingga masuk hari ke 30 baru baik
Ini cerita beliau:
Saya
ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri
bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua
& ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan
berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang
jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini).
Pengalaman
yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil
saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas
setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku
pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air
besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi
semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya
berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
Satu
lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya
apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu
tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami
saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya
sewaktu sedang nyenyak tidur.
Dulu
sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah
mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia
berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak
kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana
jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius
disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
Memang
sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil
dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan
datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara
pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3
minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga
beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan
kurang bermaya.
Alhamdulillah,
setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada
Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee
ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama
sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak
berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh
kehamilan.
Dan
peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan
perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada
rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang
bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang
jangkitan!
Atas
sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil &
Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan
lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan
bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
Alhamdulillah,
walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan
sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti
bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang
menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya
dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
Alhamdulillah..saya
sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin
Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang
terakhir ini sangat menyeronokkan.
Jika anda inginkan pengalaman hamil dan berpantang yang indah, dapatkan set di atas dengan menghubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978
time pantanglah kena jaga kesihatan betul-betul
ReplyDeleteBetul tu. Masa ni lah nak manjakan badan sebenarnya
Delete