Resepi Daging Goreng Sedap
Resepi daging goreng ini khas dikongsi oleh rakan sekolah saya, Ina (Fb: Shaz Syaza) apabila ramai kawan-kawan sekolah kehabisan idea untuk masak daging yang diperolehi semasa Hari Raya Qurban tempoh hari.
Sup daging, daging masap kicap, bakso daging semua sudah biasa dimasak sehingga menolak masakan berasaskan daging . Tetiba Ina mencadangkan resepi daging goreng ini. Sorang-sorang cuba. Yang kata anak tak suka makan daging ajaibnya dengan resepi ini, habis daging tersebut dimakan.
Mudah saja buatnya. Resepi ini dikongsikan oleh beliau di dalam Fb beliau. Jom kita cuba:
Resepi Daging Goreng
Bahan-bahannya :
Bahan-bahannya :
- Setengah kilo daging dihiris nipis. Biasanya untuk menghiris daging dengan mudah, saya hiris daging yang separuh beku atau menggunakan pisau yang betul-betul tajam. Daging dihiris melintang urat.
- Boleh guna daging sejuk beku atau segar. Saya pernah guna kedua-duanya dan hasilnya sama sahaja lembutnya.
- Basuh bersih daging yang dihiris dan toskan
- Hirisan daging yang telah dicuci & ditoskan
- Sebiji telur ( dikocak sedikit)
- Setengah sudu kecil garam halus
- Suku sudu kecil serbuk lada putih (white pepper)
- Tepung jagung secukupnya
** Jika suka, boleh tambah serbuk cili/ paprika atau serbuk lada hitam. Boleh juga ditambah soy sauce tapi jika menggunakan soy sauce, kurangkan garam. Nanti masin pula daging goreng tu.
- Campurkan serbuk lada putih, garam & telur dalam mangkuk hirisan daging. Gaul sebati.
- Perap sebentar ( dalam 10 hingga 15 minit)
- Perap sebentar ( dalam 10 hingga 15 minit)
- Jumlah telur yang digunakan mengikut amaun daging. Jika buat sedikit sahaja, tidak perlu masukkan sampai habis sebiji telur. Biasanya untuk setengah kilo daging, hanya sebiji telur saiz besar digunakan.
- Setelah diperap, tambahkan tepung jagung secukupnya. Jika terlalu banyak, ia akan menjadi kering dan tepung melekat-lekat dan menyukarkan untuk digoreng.
** Tiada sukatan tertentu untuk tepung jagung. Hanya agak-agak dan secukupnya.
- Inilah rupanya setelah digaul sebati dengan tepung jagung. Konsistensi adunan begini. Daging sudah sedia untuk digoreng.
- Goreng sekeping-sekeping dalam minyak panas. Proses ini kena cepat
sebab daging hanya perlu digoreng sekejap sahaja dan tidak perlu sehingga garing.
Balik-balikkan, nampak tepung salutannya sudah masak, boleh angkat dan
toskan minyaknya.
Inilah rupa daging goreng tersebut. Lembut dan tidak liat menyebabkan anak-anak suka makan.
** Untuk masak daging black pepper, daging masak kicap atau daging masak merah pun boleh menggunakan daging goreng ini. Cuma masakkan kuahnya, masukkan daging goreng, gaul sebati & matikan api. Sementara tunggu sejuk, kuahnya akan memekat, dan dagingnya tetap lembut.. InsyaAllah..
Kawan saya, Ina yang berkongsikan resepi ini juga ada menjual home made Lasagna, Sherperd Pie dan Daging Dendeng seperti dalam gambar di atas. Dijamin sedap sebab Ina memang pandai masak dan saya pun telah mencubanya. Daging dendeng tersebut boleh diposkan juga sebab dalam bentuk pembungkusan yang sedia elok.
Untuk membeli lasagna, sherperd pie dan dendeng, boleh hubungi beliau terus di talian 019-2020255.
Saya jual apa? Saya jual Shaklee. :)
Trima ksh resepinya, blh la try msk ni..ermm sdpnya
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba
DeleteSedap