4 Warna Najis Bayi Yang Patut Ibu Ketahui

10:59 pm Emalin Mohd 5 Comments

Jangan terkejut sekiranya bayi yang baru dilahirkan mengeluarkan najis berwarna hitam kehijauan. Ia dinamakan mekonium dan akan keluar dalam tempoh 24 jam. Jangan terkejut  juga sekiranya bayi membuang air besar 5 hingga 7 kali sehari. Ianya normal. 



Dan disebabkan bayi selalu membuang air besar ketika baru lahir, lampin pakai buang biasa sesuai digunakan tanpa memilih jenama yang terlalu mahal. Akan rasa rugi sebab kena tukar lampin pakai buang banyak kali. 

Namun, ibu juga perlu mengetahui warna jenis bayi agar boleh mengambil tindakan seterusnya jika ada yang tidak kena.


WARNA NAJIS KUNING

Warna ini yang seharusnya yang ada pada najis bayi sekiranya bayi menyusu secara eksklusif. Maksud penyusuan secara eksklusif ialah bayi hanya menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa ada campuran susu formula atau cecair lain seperti air masak. Bayi najis berwarna kuning juga petanda bayi menghisap susu dengan betul iaitu memperolehi susu ibu sepenuhnya (foremilk dan hindmilk).

Foremilk mengandungi lebih cecair dan secara logiknya untuk menghilangkan dahaga manakala hindmilk pula mempunyai lebih lemak.

WARNA NAJIS HIJAU

Sekiranya najis bayi berwarna hijau menunjukkan bayi hanya mendapat foremilk dan mungkin tidak mendapat hindmilk. Warna najjis ini masih normal namun bayi akan cepat rasa lapar semula dan ingin menyusu semula. Kadangkala ia menyebabkan ibu terfikir bahawa susu ibu tidak mencukupi dan ingin menambah susu formula. Sedangkan yang sebenarnya berlaku ialah cara penyusuan ibu tidak betul menyebabkan bayi hanya mendapat foremilk.

WARNA NAJIS MERAH DAN KELABU

Sekiranya warna najis bayi berwarna merah dan kelabu sebaiknya ibu berjumpa dengan pakar perubatan untuk pemeriksaan kesihatan bayi.

Setelah bayi menjangkau umur 2 ke 3 bulan, bayi akan mempunyai pola membuang najis yang lebih teratur. Sekiranya bayi menyusu ibu secara eksklusif ia adalah normal sekiranya bayi tidak membuang najis setiap hari. Namun bagi bayi menyusu susu formula, bayi perlu membuang najis setiap hari untuk mengelak sembelit daripada berlaku.


Bagi yang mengalami masalah susu badan sikit, video ini mungkin membantu anda. Dalam 2 minggu susu badan bertambah dari 2 auns kepada 7 auns setiap kali sesi mengepam. Anda pasti inginkan bukan?


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Jangan terkejut sekiranya bayi yang baru dilahirkan mengeluarkan najis berwarna hitam kehijauan. Ia dinamakan mekonium dan akan keluar dala...

5 comments:

  1. warna najis pun boleh menentukan keadaan kesihatan bayi ye. nice entry

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/thiara-songket-raya-edition-dress.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Amat penting supaya ibu lebih tahu tahap kesihatan bayi.

      Delete
  2. Thanks sister.. dgn adanya blog mcm ni akan memudahkan bagi ibu2 muda di liar sna..

    ReplyDelete
  3. Tumpang tya.bayi sya 4 bulan x bf n fully fm tp bila dia mmbuang najis dia mcm kasar n nmpk dia mcm meneran.adakah tu sembelit atau normal?

    ReplyDelete
  4. anak sye ble membuang najis berwarna hijau gelap..n maybe sbb sye salah bg susu dkt dye melalui bf..n ye dye cpt lapa..tpi 2mggu lps dye mcm kurang menyusu n kdg smpai sye terpkse pam sbb da bengkak susu..tpi skrg dlm 2mggu nie dye da bf mcm biase..

    ReplyDelete