Bahaya Perut Buncit dan Cara Mengatasinya

12:04 pm Emalin Mohd 0 Comments

Tak hamil tetapi dikatakan hamil gara-gara perut buncit. Ini antara situasi yang selalu dialami walaupun tidak semua apabila umur meningkat. Kadangkala berat badan tak naik pun tetapi perut yang naik. Nak tahu mudah sahaja. Adakah seluar yang dipakai semakin ketat? Dulu, tahun lepas seluar jean masih pakai saiz 24 tetapi tahun ini sudah menjangkau saiz 30. 

Nak penyelesaian mudah? Beli korset. Perut buncit boleh jadi kempis. 


Namun, tahukah anda bahawa perut buncit akibat pengumpulan lemak di bahagian perut lebih bahaya daripada lemak di anggota badan yang lain?




Perut buncit terjadi apabila lemak di dalam bahagian abdomen atau lebih dikenali sebagai visceral fat, bersifat aktif dan boleh mengganggu tahap kesihatan. Antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan visceral fat atau perut buncit ialah:

1) Penyakit kardiovaskular
2) Penyakit dementia atau nyanyuk
3) Lelah atau asthma
4) Kanser payudara
5) Kanser kolorektal

Visceral fat juga secara langsung dikaitkan dengan jumlah kolesterol yang lebih tinggi dan LDL (kolestrol jahat) , rendah HDL (kolesterol baik) dan rintangan insulin. Rintangan insulin boleh menyebabkan bertambahnya risiko untuk mendapat kencing manis.

Jadi, bagaimana untuk menghilangkan perut buncit atau lemak perut ini atau visceral fat?

1) Bersenam
Untuk menguranglan berat badan, lemak di dalam badan atau ingin mengurangkan saiz ukur lilit pinggang, senaman sememangnya amat penting.

Antara senaman yang boleh membantu ialah senaman aerobik seperti brisk walking atau berbasikal atau strength training selama 40 minit 2 kali seminggu . Senaman seperti sit up dikatakan tidak mengurangkan perut buncit namun boleh membantu dalam menguatkan otot abdomen.

2) Menjaga pemakanan
Selain senaman, diet atau pemakanan yang seimbang boleh membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Antaranya ialah memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa kalsium yang mencukupi boleh mengurangkan pengumpulan lemak di perut atau visceral fat. Elakkan juga makanan yang mengandungi trans fat (hydrogenated vegetable oils) dan makanan serta minuman yang mengandungi pemanis tiruan.

3) Jangan merokok
Merokok tidak pernah menjadikan seseorang lebih bergaya. Ia lebih membahayakan kesihatan dan juga menyebabkan lemak disimpan di dalam perut. 

4) Dapat tidur yang mencukupi
Tidur yang kurang 5 jam atau lebih 8 jam sehari juga menjadi penyebab kepada pengumpulan visceral fat.

Orang yang mengalami tekanan mempunyai lebih hormon stress iaitu kortisol yang dikaitkan dengan pengumpulan visceral fat pada wanita. 
Rawatan yang menghasilkan kesan serta-merta seperti liposuction tidak dapat membuang visceral fat kerana ia tidak dapat menjangkau ke dalam bahagian dalam. 

Jadi, berhati-hati sekiranya BMI anda cantik dan kurus tetapi perut buncit!

Pn Emalin Mohd 
Call / SMS / Whatsapp: +60192500978


Tak hamil tetapi dikatakan hamil gara-gara perut buncit. Ini antara situasi yang selalu dialami walaupun tidak semua apabila umur meningkat...

0 comments: