Resepi Sambal Pedas Masa Pantang
Bagi yang suka sangat makan makanan pedas, mesti hilang sedikit selera waktu makan jika tiada sambal belacan. Tambah-tambah selepas bersalin dan perlu berpantang bukan sehari dua tetapi sekurang-kurangnya 44 hari.
Nak makan juga sambal belacan masa pantang? Boleh juga tapi selepas itu kalau kena bentan dan rasa gatal terutama di tempat jahitan jangan salahnya orang lain. Merana badan jika rasa gatal di tempat jahitan.
Tapi sebenarnya ada sambal pedas yang boleh dimakan dan amat sesuai dimakan semasa pantang. Ia sedap dan menyelerakan. Dan ia juga pedas namun bukan pedas cili.
Ini sambalnya.
Sambal ini jika dimakan bersama nasi panas memang amat menyelerakan atau ditabur di atas sup sayur sawi dan tauhu. Sedap sangat.
Nak buat sambal ini pun mudah. Jika ada yang sedang menunggu hari bersalin boleh buat dari sekarang dan disimpan sebab sambal pantang ini tahan lama.
Bahan-bahannya pula amat mudah.
Ikan bilis, halia, kunyit dan lada hitam ditumbuk kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.
Bahan-bahan ini pun Ada banyak khasiatnya.
Ikan bilis:
Ikan bilis adalah salah satu daripada sumber omega 3 yang murah dan mudah didapati. Ia juga mengandungi protein dan kalsium yang amat diperlukan semasa hari-hari berpantang.
Halia:
Membantu untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.
Kunyit:
Di dalam kunyit sebenarnya mengandungi mangan, zat besi, vitamin B6, serat, copper dan potassium. Warna kuning pada kunyit adalah daripada bahan bernama curcumin. Ia membantu dalam mengurangkan keradangan yang boleh berlaku termasuk perut sebu, senggugut, sakit gigi, kolik dan juga sakit dada.
Ada pendapat mengatakan ia boleh mengurangkan jaundis.
Lada hitam:
Lada hitam juga mengandungi mangan yang berfungsi untuk mengaktifkan enzim untuk metabolisme protein dan lemak. Ia juga membantu untuk perkembangan tulang dan membentuk kolagen yang diperlukan akibat luka.
Lada hitam jika digabungkan dengan halia akan bertindak seperti thermogenic iaitu meningkatkan kadar metabolisme badan sekaligus mengurangkan berat badan.
Sedap, berkhasiat dan menyelerakan untuk dimakan semasa berpantang.
Dan sesiapa yang mempunyai pengalaman ngeri berpantang sebelum ini, dapatkan tips berpantang dengan mudah dan menggembirakan melalui video ini.
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakitj Sembelit from iReach HD on Vimeo.
Memang sedap ooo..hihi
ReplyDeleteWah sedapnya dulu tak tahu pun. Saya memang kena ada sambal baru selera makan. Makan dengan nasi panas sambal ikan bilis pun ok dah
ReplyDeleteTak pantang pun boleh makan Diana..hihi
Deleteboleh ke masa berpantang makan pedas..takut pula saya ngeri..he..he..
ReplyDeletePedas ni bukan pedas cili tapi dari halia + lada hitam. :)
DeleteHalia muda sedap kan? Rasa pedas-pedas.. :)
ReplyDeletehohoho
ReplyDeletetak boleh makan pedas la
sakit perut
sedap tr pedas ni..
Deletetakda kick kalau tak pedas..hihi
ok terima kasih, dah share kat wife dah, kot2 nanti masa dia bersalin nnt dia nak makan pedas hehehehe
ReplyDeleteAlong le buat. Sure Wife selera makan..
DeleteMcm best jee. Kene try lpas ni
ReplyDelete