6 Punca Penyebab Migrain Yang Patut Diketahui Dan Cara Mengatasinya

11:04 am Emalin Mohd 0 Comments

Siapa penghidap migrain? Migrain ini bukan macam sakit kepala biasa kan? 



Sakitnya boleh mengeluarkan air mata. Mata pun boleh jadi bengkak. 


Gambar ini antara yang popular untuk membezakan jenis-jenis sakit kepala. Betul ke migrain ini ada penyebabnya? Kalau dah tahu penyebab / punca lagi mudah untuk kita elakkan sebab migrain ini sakitnya berpanjangan. Boleh sambung ke esok harilah kiranya kalau mengalami migrain.


Apa yang anda perasan menyebabkan terjadinya migrain? Selalunya penghidap migrain ini akan lebih sensitif terhadap persekitaran yang mungkin tercetusnya migrain. Ada yang akan mengalami migrain apabila melihat cahaya, menghidu bauan tertentu, merasa makanan tertentu dan juga pada sentuhan. Mengetahui apa yang menjadi punca migrain boleh mengelakkan dir kita daripada menghadapinya.

Nak tau 6 punca biasa yang boleh mencetus migrain?

1. Bauan - bauan tertentu terutama daripada pewangi atau minyak wangi yang mempunyai bau yang kuat atau minyak wangi jenama tiruan atau yang "inspired" sebenarnya boleh mencetus migrain. Namun ada juga yang mengalami migrain dengan menghidu bau minyak wangi jenama yang mahal dan original. 

2. Masa tidur - masa tidur yang tidak menentu, terlbih tidur atau kurang tidur juga boleh menyebabkan migrain. Ketahui pola masa tidur sendir agar dapat mengelakkan migrain. Namun bagi ibu yang mempunyai anak yang masih kecil, tidur yang mencukupi adalah amat sukar diperolehi.

3. Ubatan tertentu - Sesetengah ubatan juga boleh menjadi pencetus kepada migrain. Antaranya ialah ubat perancang kehamilan.

4. Stress- Stress perlu diuruskan sebaiknya. Tekanan emosi yang tidak diuruskan dengan sebaiknya boleh menjadi punca migrain. 

5. Kekurangan air. Minum. minum, minum dan minum secukupnya air kosong dan elakkan minuman berkafein. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan migrain. Berapa liter air yang pelru diminum? Minum sehingga air kencing berwarna cerah dan bukan kuning pekat.

6. Makanan. Ada makanan tertentu yang boleh menyebabkan migrain. Pasti ada rakan-rakan di sekeliling makanan yang diletakkan bahan perasa boleh menyebabkan seseorang itu mengalami migrain. 



Jika anda selalu mengalami migrain, kenal pasti punca masalah tersebut agar boleh dielakkan.

Selain itu, beberapa tips lain juga boleh diamalkan oleh pesait migrain. Antaranya ialah mengamalkan Ayat 19 daripada Surah Al-Waqiah:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."


Bagi yang ingin mencuba alternatif lain selain painkiller, B Complex yang diambil bersama Ostematrix dapat membangu sedikit sebanyak pesakit migrain. Tipsnya adalah untuk mengamalkan dalam tempoh sebulan dan lihat perbezaan pada dir sendiri selepas itu.


Supplement/vitamin untuk migrain:





Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix amat membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapan mengalami migrain.

Selain itu, manfaat kalsium juga akan diperolehi. Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, membantu dalam masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Kekurangan Vitamin D di dalam badan pula boleh menyebabkan depresi. Mungkinkah migrain tersebut berpunca daripada stress yang berpanjangan tadi? Selalunya kan kita dengar untuk orang tua berkata kalau lama tida melihat matahari akan menjadi sakit? 

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, ketahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca daripada pemakanan, maka pantaulah pemakanan anda. 

Jangan lupa untuk menimbangkan mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978 

Siapa penghidap migrain? Migrain ini bukan macam sakit kepala biasa kan?  Sakitnya boleh mengeluarkan air mata. Mata pun boleh jadi ...

0 comments: