Gempa Bumi di Lombok Dan Bantuan Dari Babybox

10:55 pm emalin mohd 4 Comments

Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan gegaran turut dirasai sehingga ke Bali.




Kebanyakan rumah roboh dan penduduk membentangkan apa yang ada untuk duduk di kawasan lapang. Takut untuk berada di dalam rumah. Takut tidak sempat untuk melarikan diri.

Dalam keadaan begitu, kebanyakan penduduk memang tinggal sehelai sepinggang.

Bagi membantu penduduk Lombok, Persatuan Buai Sayang atau lebih dikenali sebagai Babybox Malaysia bekerjasama dengan NGO yang akan ke sana untuk menyampaikan #babykit.

Sebanyak 20 #babykit pertama telah diterbangkan ke Lombok melalui Yayasan Amal seawal pagi 9 Ogos 2018.

Dan batch kedua sebanyak 100 #babykit pula akan diterbangkan Selasa minggu hadapan.


Sukarelawan seluruh Malaysia bertungkus lumus menyiapkan #babykit dengan hasil sumbangan orang ramai.



Namun, ketika ini masih ada lagi barangan yang tidak mencukupi. Dan gotong-royong menyiapkan #babykit juga akan diadakan pada hari Sabtu ini iaitu pada 11 Ogos 2018 di Cheras.


Team Babybox amat mengalu-alukan sekiranya ada di antara rakan yang ingin menghantarkan sumbangan ke alamat tertera di atas.

Antara yang boleh disumbangkan selain wang ringgit ialah:
▶️ Kain lampin atau selimut bayi
▶️ Lampin pakai buang saiz M
▶️ Minyak telon saiz kecil
▶️ Bedak bayi saiz kecil
▶️ Wet tissue saiz kecil
▶️ Tuala kecil bayi
▶️ Pakaian bayi saiz 6-12 bulan yang boleh terus dipakai
▶️ Tisu biasa peket kecil
▶️ Stokin bayi

Bagi sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
1) Sheyliza 0124854711
2) Seri Delima 0134512054

Atau boleh berhubung juga dengan saya di 0192500978.

Semoga sedikit sumbangan kita membantu bayi di sana.



Umum mengetahui ketika ini, Lombok dilanda gempa bumi. Pda hari ini, 9 Ogos 2018 berlaku sekali gempa bumi pada skala 6.2 richter. Dikatakan...

4 comments:

  1. bagus baby kit ni..sedikit sebanyak dapat meringakan beban yang dihadapi oleh mangsa gempa bumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga babykit ini membantu bayi-bayi di sana

      Delete
  2. semoga penduduk Lombok terus tabah dan kita bantu apa yang boleh kan

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Nak ke sana tak mampu dari segi fizikal dan emosi, kita bantu dari jauh dengan apa yang ada

      Delete