7 Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan

10:58 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ada bintik-bintik pada bawah mata seperti di dalam gambar ini? Cuba lihat rakan-rakan atau ahli keluarga di sekeliling anda juga. Yang mempunyai bintik-bintik di bawah mata tidak semestinya gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih. Ada yang slim dan kurus. Namun masih juga mempunyai kolestrol tinggi.

biji kolestrol


Disebabkan itu, kolestrol ini dikatakan pembunuh senyap. Obes, gemuk atau kurus bukan petanda bagi paras kolestrol jahat tinggi di dalam badan. 

Namun, jika anda mempunyai 7 tanda-tanda ini selain dari bintik-bintik bawah mata, pastikan anda membuat pemeriksaan doktor. Hanya dengan pemeriksaan doktor boleh mengesahkan kadar kolestrol seseorang dan mengambil tindakan seterusnya.

7 Tanda-tanda Kolestrol Tinggi
******************************

1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misalnya trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darah menjadi agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

Jika anda mempunyai salah satu simptom ini, pastikan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Ini disebabkan, kolestrol yang tinggi boleh jadi silent killer seperti mengalami serangan sakit jantung iaitu apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari.

Selain itu, kolestrol juga boleh menyebabkan:
  • Arteriosklerosis - penyempitan arteri atau salur darah


  • Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.

  • Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen

  • Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena sekaligus menyekat aliran oksigen ke kawasan otak.
Bagi memastikan kolestrol jahat iaitu kadar LDL rendah, pastikan menjalani gaya hidup sihat iaitu dengan menjaga pemakanan dan membuat senaman setiap hari. 



Ada bintik-bintik pada bawah mata seperti di dalam gambar ini? Cuba lihat rakan-rakan atau ahli keluarga di sekeliling anda juga. Yang memp...

0 comments: