7 Punca Jerawat Dan Tindakan Yang Perlu Dilakukan
Jerawat oh jerawat. 85% rakyat Malaysia ada masalah jerawat pada tempoh tertentu dalam usia mereka.
Gambar di atas semasa jerawat menyerang muka kulit wanita ini dan setelah mengamalkan produk Shaklee, jerawat tersebut semakin berkurangan seperti gambar di bawah.
Terdapat pelbagai punca jerawat muncul di kulit terutama pada wajah. Jerawat bukan sahaja mendatangkan ketidakselesaan malah pada masa yang sama jerawat batu juga menyakitkan.
Antara punca jerawat ialah:
Bagi remaja yang mengalami masalah jerawat, ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi punca. Ini disebabkan semasa usia remaja, terdapat hormon yang melonjak naik menyebabkan kulit menjadi terlebih berminyak. Terlebih minyak yang dihasilkan pada kulit menyebabkan sel kulit mati berkumpul dan terperangkap pada kulit dan akhirnya menjadi punca kepada jerawat.
2. Faktor genetik
Sekiranya ibu bapa atau ada adik-beradik yang mengalami masalah jerawat tidak mustahil adik yang lebih muda juga akan mengalami masalah yang sama. Bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah jerawat ini.
Jerawat juga boleh terjadi sekiranya pemakanan seharian banyak mengandungi gula. Pernah dengar bukan jika makan coklat boleh menjadi penyebab jerawat? Bukan sebab coklat tersebut namun disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam coklat tersebut.
4. Tekanan
Sekiranya tekanan tidak diuruskan dengan baik, jerawat akan muncul di wajah. Elakkan stress atau uruskan stress dengan lebih baik. Disebabkan itu ramai remaja di tahun peperiksaan penting seperti pada umur 15 tahun untuk mengambil PT3 dan dan pada umur 17 tahun yang akan mengambil SPM mempunyai masalah jerawat.
Tidak ketinggalan juga ibu bekerjaya yang terlalu stress menguruskan rumahtangga di samping kerjaya masing-masing.
5. Ubat-ubatan
Sesetngah ubat juga boleh menjadi punca kepada jerawat.
6. Cuaca
Jerawat juga boleh terjadi akibat cuaca yang terlalu panas dan berhabuk.
Penggunaan produk penjagaan kulit yang salah atau mengandungi bahan yang berbahaya juga boleh menjadi penyebab kepada jerawat.
Bagaimana jerawat ini terjadi sebenarnya?
Jerawat terjadi akibat pengumpulan sebum pada kulit dan menyebabkan pori tersumbat. Pori tersumbat inilah menjadikan blackhead dan whitehead. Bagi yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead juga berkemungkinan tinggi akan mengalami masalah jerawat.
Whitehead terjadi apabila terdapat kulit di atas pori yang menjadikannya berwarna putih.
Blackhead pula ketiadaan kulit yang melindungi pori maka sebum yang tersumbat dalam pori tadi akan terdedah dengan persekitaran. Apabila terkena denga udara, sebum akan teroksida dab bertukar menjadi coklat pekat dan akhirnya berwarna hitam.
Yang sebenarnya menjadi punca jerawat ini adalah kehadiran sejenis bakteria yang terdapat pada kulit dikenali sebagai Propionibacterium Acnes. Bakteria ini sememangnya terdapat pada kulit namun berada dalam keadaan dorman. Namun apabila pori kulit tersumbat, bakteria ini akan 'terjaga' dan akhirnya menjadi aktif dan punca kepada jerawat.
Setelah jerawat muncul, kawasan kulit tersebut akan menjadi kemerahan akibat radang dan akhirnya meninggalkan parut. Namun tindakan awal boleh mengurangkan risiko parut tersebut.
Antara yang boleh diamalkan ialah pengambilan vitamin E untuk meransang pemulihan sel dan mengurangkan risiko terjadinya parut.
Sekiranya anda ingin mendapat vitamin E atau vitamin yang boleh menstabilkan hormon dan mengurangkan stress pada harga istimewa, hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.
0 comments: