Tempat Makan Best Di Seremban, Nasi Arab Damsyik

9:31 am Emalin Mohd 0 Comments

Orang KL pun sanggup ke Seremban semata-mata ingin menikmati makanan di sini iaitu Restoren Nasi Arab Damsyik.

Suasana restorennya pun sangat cantik dan ada ruangan untuk makan di meja atau duduk bersila di sebelah dalam. Jika bawa anak kecil atau bayi, sangat selesa sebenarnya di ruangan sebelah dalam.


Datang pada waktu malam jadi cahaya lampu menjadikan restoren itu kelihatan sangat meriah.


Wahid Set - Kambing


Wahid Set - Ayam

Untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak, 2 pinggan ini sudah mencukupi. Bahagian ayam yang cukup besar dan mencukupi. Boleh juga tambah hanya nasi. Dan nasinya sangat lembut dan rasanya sangat cukup.

Apa yang membezakan Nasi Arab Damsyik dengan nasi arab di tempat lain ialah, sambal cilinya itu. Diubahsuai sedikit mengikut citarasa rakyat Malaysia. Memang sangat menyelerakan.


Harga Makanan


Harga Minuman. Kami suka sangat dengan air Habbatus Sauda.


Ruangan di sebelah dalam tempat bersila.

Restoren ini ada dua cawangan di Seremban. Dan yang di dalam gambar ini adalah cawangan di Jalan Senawang Paroi.

Berikut adalah alamat restoren tersebut:

1. No 1, Taman Bourgainvilla, Jalan Senawang Paroi, 70400 Seremban (Tel: 014-2657313)
2. N0. 407, Jalan Persiaran Rajawali, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban (Tel: 011-23767917)


Bagi yang ingin membuat tempahan vitamin dan supplement Shaklee, hubungi
Pn Emalin Mohd (0192500978)





Orang KL pun sanggup ke Seremban semata-mata ingin menikmati makanan di sini iaitu Restoren Nasi Arab Damsyik. Suasana restorennya pun ...

0 comments: