Keperluan Asid Folik Pada Wanita Dari Ingin Hamil Hingga Menyusukan Anak

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang amat diperlukan oleh seorang wanita terutamanya yang merancang kehamilan atau yang tidak memakai mana-mana alat pencegahan kehamilan.

Kekurangan asid folik dikatakan antara punca kecacatan pada bayi seperti spina bifida. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Pembentukan saraf ini pula berlaku seawal 28 hari selepas percantuman antara ovum dan sperma di mana ketika ini selalunya wanita tersebut belum menyedari lagi bahawa beliau telah hamil.


Disebabkan itu, amat digalakkan bagi mana-mana wanita yang boleh hamil sama ada sedang merancang kehamilan atau tidak memakai mana-mana alat pencegahan kehamilan untuk mengamalkan asid folik.


Asid folik juga membantu mencegah kekurangan folat di dalam darah yang boleh membawa kepada anemia. Ia juga membantu dalam menyerap nutrisi dalam sumber makanan yang kita makan. Asid folik juga selain daripada mencegah kecacatan pada bayi berkaitan saraf, ia juga dikatakan membantu mengurangkan risiko keguguran.

Asid folik yang diperlukan oleh seorang wanita berbeza mengikut keadaan masing-masing yang mana bagi wanita yang sedang merancang kehamilan memerlukan 400mcg Asid Folik sehari dan amaun sehingga wanita tersebut hamil 3 bulan.

Setelah umur kehamilan menjangkau 4 bulan hingga kelahiran bayi, 600mcg Asid Folik diperlukan.

Bagi wanita yang menyusukan anak pula, sebanyak 500mcg diperlukan.



Tahukah anda bahawa Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 200mcg Asid Folik bagi setiap sebiji pil? Dan harga Vitamin B Complex antara yang paling berbaloi untuk dimiliki. Hanya RM53.75 sebotol yang mengandungi 120 biji.


Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

No comments:

Post a Comment