Apakah Risiko Jika Bayi Mengalami Jaundis?

1:19 pm emalin mohd 2 Comments

Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit bayi berwarna kuning disebbakan bikirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh badan selepas pemecahan sel darah merah. Bahan ini ditapis oleh hati dan seterusnya dibuang melalui air kencing dan najis bayi. 




Selepas ibu bersalin, ahli keluarga perlu melaporkan kelahiran kepada klinik kesihatan yang berdekatan supaya jururawat boleh melawat dan melihat keadaan bayi dirumah. Almaklumlah kadangkala kita sebagai ibubapa keliru samada bayi mengalami jaundis atau tidak. Lazimnya, jururawat tersbeut akan mengeluarkan surat rujukan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital yang berdekatan.

Jangan bertangguh lagi. Ahli keluarga hendaklah membawa bayi tersebut agar ujian darah dapat dijalankan untuk melihat tahap bilirubin dalam darah bayi.

Ibu pula hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu sekerap mungkin agar bayi lebih banyak kencing dan berak. Tahap bilirubin akan dikumuhkan keluar dari badan bayi  dan membantu dalam mengurangkan tahap jaundis bayi.

Elakkan menjemur bayi di bawah cahaya matahari. Almaklumlah sekarang ini cuaca tidak berapa elok dan kebanyakan ibubapa bekerjaya pula tinggal di bandar. Kemungkinan cahaya matahari tersebut memudaratkan bayi dan bukannya menyihatkan bayi. 

Ada bayi yang berisiko untuk mendapat jaundis yang tinggi iaitu seperti:

  • ABO di mana kumpulan darah ibu dan anak yang tidak sama
  • Rhesus faktor darah ibu dan bayi tidak sama
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mempunyai bengkak atau pendarahan di salur darah di kepala
  • Bayi yang mengalami jangkitan kuman
Kesan jaundis yang tinggi terhadap bayi boleh menyebabkan bahagian tertentu pada otak bayi boleh rosak dan menyebabkan kecacatan otak yang berkekalan. Bayi juga berisiko untuk mengalami terencat akal dan kurang pendengaran. Sekiranya bayi tersebut mendapat rawatan dengan doktor perubatan, pemeriksaan dan saringan pendengaran akan dilakukan. 

Antara rawatan yang diterima oleh bayi mengalami jaundis di hospital ialah:

  • Pertukaran darah akan dilakukan sekiranya bacaan serum bilirubin / jaundis yang tinggi dan ibubapa perlu menandatangani borang kebenaran untuk melakukakannya.

  • Rawatan fototerapi dilakukan pada bayi tersebut yang mana sinaran lampu Ultra Violet (UV)bertindak memecahkan bahan bilirubin melalui 'photo chemical reaction' dan bahan toksik ini akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis bayi. Semasa melakukannya, mata bayi akan ditutup untuk mengelakkan retina mata bayi daripada terkena sinaran UV dan bayi hanya dipakaikan lampin pakai buang untuk memastikan hampir kesemua bdan bayi terdedah dengan sinaran UV.

  • Ibu perlu menyusukan bayi seberapa kerap yang boleh untuk menyinkir bahan toksik melalui air kenicng dan najis.

Jika bacaan bilirubin bayi telah menurun atau bayi tidak perlu dimasukkan ke hospital, berikut adalah tips jagaan bayi mengalami jaundis di rumah.

  • Jangan jemur bayi di bawah pancaran matahari 
  • Jangan berkan susu kambing kepada bayi kerana ia mengandungi bahan yang boleh merosakkan usu bayi (Tajap osmolariti dan fosforus yang tinggi)
  • Berhentikan pemakanan jamu oleh ibu
  • Susukan bayi secara eksklusif dan sekerap mungkin
Lumrah ketika ini ibu akan mengalami stress kerana badan ibu masih penat dan belum pulih sepenuhnya serta bayi belum sihat sepenuhnya. Bantuan daripada orang sekeliling amat diperlukan dan para ibu jangan malu dan jangan segan untuk mohon bantuan. Bagi ibu yang berpantang jauh daripada keluarga ada baiknya anak-anak lain dihantar ke rumah pengasuh semasa siang hari dan jika berkemampuan boleh mengambil confinement lady bagi membantu urusan penjagaan anak dan bayi. Para bapa pula hendaklah ringankan tulang membantu para isteri.

Dari segi pemakanan pula, pastikan mendapat makanan yang berkhasiat dan minum air kosong secukupnya agar badan lebih bertenaga.


Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit bayi berwarna kuning disebbakan bikirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah bahan ...

2 comments:

  1. Bayi kecil semasa dilahirkan ada organ perkumuhan belum fully develop jadi mudah terkena Jaundice. Saranan saya perlu menyusu bayi dengan kerap dan kalau tidak turun juga perlu segera diberi rawatan intensif phototherapy light supaya jaundice tidak menjadi lebih akut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan perubatan dan susu ibu yang terbaik

      Delete