Perbandingan Antara Sumber Kalsium Terbaik

9:31 pm emalin mohd 4 Comments

Ramai yang mengetahui kalsium amat baik untuk kesihatan. Bagi kanak-kanak, ia untuk tumbesaran mereka manakala bagi dewasa pula untuk mengelakkan osteoporosis. 

Keperluan kalsium pula berbeza mengikut umur. Peringkat umur 9 -13 tahun memerlukan kalsium yang paling tinggi iaitu sehingga 1,300mg sehari dan bagi golongan yang berumur 50 tahun ke atas pula sehingga 1,200 mg sehari.


Namun adakah kita membekalkan kalsium yang secukupnya kepada badan kita sendiri? Dan sebagai ibubapa pula adakah kita memastikan anak-anak mendapat sumber kalsium secukupnya?


Kebetulan di rumah saya sekarang ada pelbagai jenis susu dan sumber kalsium yang lain. 

Ada susu jenama:
1) Farm Fresh
2) HL Marigold
3) Goodday
4) Dutch Lady

Dan sumber kalsium lain selain susu yang mudah untuk diukur kadar pengambilan kalsium harian ialah:

1) Chia Seeds
2) Ostematrix

Antara kesemua sumber kalsium ini yang mana mengandungi kalsium yang paling tinggi sebenarnya?

Jika perbandingan antara ketiga-tiga susu ini, untuk setiap 100ml susu, susu Marigold HL mengandungi kadar kalsium paling tinggi iaitu 150mg. 

Jika anda seorang wanita berumur 30 tahun, anda memerlukan sehingga 4 gelas susu sehari untuk mencukupkan 100mg kalsium seharian dengan andaian tiada sumber kalsium yang lain.

Tetapi jika dari segi rasa, susu Farm Fresh bagi saya mempunyai rasa yang paling sedap dan paling segar antara empat (4) susu. Dan khabarnya ada yang boleh buat COD untuk susu Farm Fresh ini. Tapi saya belum cuba COD lagi. Hanya membeli di pasarraya. Tapi memang laku sungguh susu ini. Sering kehabisan stok di pasarraya.

Lihat gambar perbandingan nutrisi bagi setiap susu ini.





Namun tidak semua boleh mengambil susu. Ada yang tidak boleh minum susu langsung. Walaupun susu antara sumber kalsium yang paling popular dari dulu lagi namun ada juga sumber kalsium lain. Tambahan jika mengalami selsema, minum susu akan menjadikan lebih banyak kahak dan rasa tidak selesa pula.

Tahukah anda bahwa chia seed juga mengandungi sumber kalsium yang sangat tinggi? Bagi setiap 100mg, ia membekalkan sehingga 500mg kalsium. Saya pun terkejut sebenarnya. Dan untuk mendapat 1000mg kalsium, seseorang memerlukan lebih  kurang 13 sudu teh chia seed dalam hidangan seharian. Chia seed juga boleh dimasukkan dalam minuman malah ada yang memasukkannya chia seed ke dalam kuih seperti kuih tepung pelita. Untuk lebih bertenaga, masukkan chia seed ke dalam ESP atau Performance Drink.



Tak nak susu atau chia seed tapi memerlukan sumber kalsium terutama ibu hamil yang mengalami kejang kaki dan sakit gigi atau lenguh-lenguh terutama di belakang badan?



Ada lagi satu pilihan untuk sumber kalsium. Berminat tak dengan hanya 4 caplet mengandungi 1000mg kalsium? Sekali makan sahaja dan diambil sebelum tidur. Bukan sahaja membekalkan kalsium yang mencukupi malah magnesium pun ada. Magnesium ini  boleh bagi lawas jadi tiada sembelit. 


Inilah dia Ostematrix yang boleh membekalkan 1000mg kalsium dengan hanya 4 caplet sahaja. 

Banyak pilihan bukan untuk sumber kalsium? Jadi tiada alasan lagi untuk tidak mencukupkan sumber kalsium.

Untuk pertanyaan / tempahan:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Ramai yang mengetahui kalsium amat baik untuk kesihatan. Bagi kanak-kanak, ia untuk tumbesaran mereka manakala bagi dewasa pula untuk menge...

4 comments:

  1. tu dia.

    macam-macam sumberl kalsium ada eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda alasan untuk tak amik kalsium..hihi

      Delete
  2. kalsium shaklee memang ok hihihihihi

    saya datang Blogwaking blog awak bertuah dalam list blogwaking saya untuk hari ini jemput singgah blog saya jugak ya.. http://cikash.blogspot.com/2016/06/jom-blogwalking-12.html

    ReplyDelete
  3. sepatutnya dari kecik dah diajar minum susu. baru sihat dan kuat. hehe

    ReplyDelete