Cara Mengambil Gambar Mengadap Cahaya Dengan Iphone
Selalu tertanya-tanya apabila melihat iklan di tv atau billboard dengan ayat:"Taken using Iphone 5S only".
Kenapa gambarnya cantik? Gambar yang aku ambil tak cantik?
Terutama apabila mengadap cahaya. Gambar akan jadi gelap.
Tengok ni. Apabila mengadap cahaya matahari. Gelapkan gambar?
Takkan nak kena bawa lampu kamera flash yang profesional tu pulak kan.
Sampailah satu hari, apabila tertekan satu ikon semasa nak snap gambar.
Rupa-rupanya ada caranya. Memang dah ada sekian lama cuma tidak tahu fungsinya.
Nampak tak kotak garisan kuning dan ada gambar matahari tepinya? Sentuh pada matahari tersebut. Akan ada juga garis panjang ke bawah yang boleh disentuh untuk skrol atas dan ke bawah bagi menambah cahaya.
Kemudian ambil gambar seperti biasa.
Haah ada kongsi hari tu...saya pun baru je tahu..baru cantik gambar kan...
ReplyDelete