#babybox: Be Good And Do Good To All
Sukar untuk diungkap perasaan yang tercuit semasa program bersama puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras iaitu sebuah rumah perlindungan di bawah JKM yang diadakan pada 24 April 2016 bersama teman-teman #babybox yang lain.
Melihat raut wajah mereka semuda 14 tahun yang sedang hamil dan ada yang memakai stokin dan rupanya masih berpantang. Kakak yang paling tua di dalam rumah ini pula berumur 18 tahun. Memang pangkat adik-adik semuanya.
Bayangkan umur semuda itu sedang hamil dan ada yang hamil akibat sikap durjana ahli keluarga sendiri. Ahli keluarga yang sepatutnya melindungi tetapi sebaliknya yang berlaku. Tidak dipinta oleh mereka untuk berada di sini.
Ingatkah kita tika berumur 14 tahun apa yang kita lakukan? Menikmati masa remaja dengan gembiranya walaupun ada kalanya ups and down gelojak emosi remaja itu ada.
Sedikit latar belakang bagi rumah ini yang dinamakan sebagai Taman Seri Puteri (TSP).
Taman Seri Puteri (TSP) ini adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001.
Ia diwujudkan untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.
Ia diwujudkan untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.
Puteri yang masuk ke TSP ini adalah melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 40(3)(a) atau Seksyen 46 atau memohon sendiri di bawah Subseksyen 41(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mereka akan berada di sini selama tempoh tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan Kuasa Menteri atau kelulusan Lembaga Pelawat atau dengan meminda, mengubah atau membatal perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
Selain daripada kes hamil luar nikah, puteri-puteri lain yang ada di sini adalah disebabkan oleh:
• Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat Perlindungan,
• Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual,
• Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira,
• Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran,
• Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan perlindungan segera;
• Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah,
• Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain,
• Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti maksud di atas.
Persediaan sebelum program oleh team #babybox.
Ini antara makanan yang disumbangkan oleh #babyboxsupporter yang mendapat pujian dan kebanyakannya habis licin oleh puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras.
Kek hari jadi yang juga disumbangkan oleh orang awam yang dermawan.
Hairdresser, Alea yang mendapat sambutan hangat.
Doktor-doktor gigi yang sangat baik hati dan akan datang lagi untuk rawatan lanjut.
Pengerusi COLA, Sherlyza yang memberikan ucapan sepatah dua kata untuk majlis Sambutan Hari Jadi dan Give Away.
Sambutan Hari Jadi untuk puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras yang berumur antara 14 hingga 18 tahun.
Bilakah sambutan hari jadi mereka bersama keluarga?
Pastinya sambutan hari jadi atau sekurang-kurangnya ucapan hari jadi daripada keluarga dan teman-teman menjentik rasa gembira di hati kita, bukan?
Ini juga antara objektif program hari ini. Membuktikan bahawa masyarakat masih sayang pada mereka.
Dan ada antara mereka yang sedang menanti hari kelahiran cahaya mata. Yang pastinya ini bukan kisah yang dipinta oleh kita semua.
Walau apa pun kisah silam mereka, sumbangan kek dari anda semua telah mengukir senyuman mereka dan semoga ada cahaya menanti mereka nanti.
Sesi penyampaian cenderahati kepada puteri-puteri Taman Seri Puteri Cheras.
Terima kasih kepada semua #babyboxsupporter dan orang persendirian serta NGO lain yang turut terlibat dalam program Be Good and Do Good To All hari ini.
Senyuman mereka amat bermakna untuk kita semua.
Menikmati masa-masa ceria bermain buih-buih belon bersama sukarelawan & anak-anak sukarelawan. Semoga ada sinar menanti mereka di kemudian hari.
Sukarelawan yang turut serta dalam program tersebut:
❤️ Syed Azmi
❤️ Islamic Dental Association of Malaysia
❤️ Azmin & the team
❤️ Alea the hairdresser (Fb: Alea Qasrina)
❤️ Siso the clown (Fb: Mohd Adam Lee Abdullah)
Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Vimmy (Ahli lembaga pelawat Taman Seri Puteri Cheras) kerana sudi menerima kunjungan kami & seterusnya mengukir senyuman puteri-puteri.
Jika anda ingin menyumbang atau turut serta menjadi ahli Persatuan Buai Sayang atau lebih dikenali sebagai COLA, hubungi team kami yang berada di seluruh Malaysia.
Sumbangan anda mengukir senyuman mereka.
0 comments: