Kepentingan Asid Folik Semasa Hamil Elak Kecacatan Pada Bayi

3:41 pm Emalin Mohd 0 Comments

Asid folik adalah antara vitamin yang akan dinasihatkan oleh doktor untuk diamalkan sekiranya seorang wanita merancang kehamilan dan seterusnya meneruskan pengambilan semasa hamil terutama pada trimester pertama.




Asid folik adalah sejenis vitamin B iaitu nama lainnya ialah vitamin M, vitamin B9 dan vitamin Bc.

Wanita yang merancang kehamilan dinasihatkan untuk mengambil 400mcg atau 0.4mg asid folik. 

Selain daripada mengambil dalam bentul pil, vitamin B9 boleh diperolehi daripada sayuran hijau seperti bayam dan brokoli dan kekacang. Asid folik juga selalunya diperkaya dalam bijirin.



Walau bagaimanapun, dalam keadaan zaman sekarang mungkin sedikit sukar untuk memastikan bahawa 400mcg asid folik telah dibekalkan melalui makanan seharian.

Bagi wanita yang merangcang kehamilan, pengambilan asid folik sangat penting kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan tiub neural. Kecacatan tiub neural ini berlaku pada bulan pertama kehamilan yang mana kadangkala wanita tersebut belum menyedari lagi dirinya hamil. Disebabkan itu, wanita yang tidak merancang amat digalakkan untuk mengambil asid folik kerana ia boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural antara 50%-70%.

Contoh antara kecacatan tiub neural ialah:

1) Spina bifida




2) Anencephaly



Ada juga kajian yang menyatakan kekurangan asid folik juga dikaitkan dengan sumbing dan sesetengah penyakit berkaitan jantung pada bayi di dalam kandungan.



Sebenarnya asid folik ini ia amat diperlukan dalam menghasilkan sel-sel badan. Jadi, dengan sebab itu asid folik amat diperlukan oleh wanita hamil untuk perkembangan janin yang sihat dan sempurna.

Asid folik ini membantu dalam pembentukan sel darah merah yang normal. Disebabkan itulah ia dapat mengatasi masalah anemia yang kadangkala dialami oleh ibu hamil.  

Ia juga membantu badan menyerap nutrisi dengan lebih baik. Mungkin itu juga penyebab bagi sesetengah wanita yang sudah mengamalkan pelbagai jenis vitamin namun merasakan tiada kesan pada badan sendiri.

Bagi wanita yang ingin mengamalkan Vitamin B Complex sebagai sumber asid folik, perlulah dipastikan bahawa vitamin B9 atau asid folik telah sedia ada di dalam pil tersebut dengan dos yang bersesuaian iaitu 400mcg sehari.  



Bagi para suami pula, apa salahnya sekiranya kedua-dua merancang kehamilan memastikan isteri mengambil asid folik setiap hari atau boleh juga menghadiahkan vitamin B Complex. 

Tak mahal pun vitamin ini berbanding dengan manfaat yang diperolehi.

Asid folik adalah antara vitamin yang akan dinasihatkan oleh doktor untuk diamalkan sekiranya seorang wanita merancang kehamilan dan seteru...

0 comments: