Kenapa Tak Boleh Tidur Selepas Bersahur atau Solat Subuh?

11:55 pm Emalin Mohd 2 Comments

Pernah terfikir tak kenapa kita dilarang untuk kita tidur selepas sahur?



Kalau ikutkan hati waktu tersebutlah paling sedap untuk menarik selimut dan sambung tidur. Dengan rasa dingin dan nyaman serta tiada gangguan. Nak main handphone pun waktu ini tiada yang aktif lagi di ruang laman sosial. Betul tak?

Ada tengok iklan Gaviscon di dalam tv? Yang mengaitkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman? Dalam iklan tersebut terang dan nyata menyatakan punca pedih ulu hati dan ketidakhadaman ialah tidur selepas makan. 

Jadi, bagi yang selalu mengalami masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati serta tidur selepas bersahur bolehlah mengubah pola tidur tersebut. Pastikan tidak tidur selepas bersahur.

Kita sebenarnya hanya boleh tidur 3-4 jam selepas makan. Terus tidur selepas makan boleh menyebabkan kembung perut dan rasa tidak selesa. Ini menyebabkan tidur terganggu. Apabila tidur terganggu memang akan rasa tidak segar keesokan harinya. 

Tidur semula selepas sahur juga mengganggu pusingan biologi dalam badan. Walaupun alasannya ingin tidur sebentar namun sistem dalam badan mengalami kecelaruan. Tidur ketika ini hanya menambah kelesuan dan keletihan di siang hari. 

Sekiranya tidur selepas sahur boleh meningkatkan risiko untuk tidak Solat Subuh dan terjaga lewat. Apabila terjaga lewat, kita akan tergesa-gesa dan mungkin akan mengalami tekanan di awal pagi. Bangun lewat - siap lewat - kena jammed - stress sepanjang hari.

Sebenarnya, waktu pagi adalah waktu kemuncak hormon kortisol dirembeskan. Hormon ini berfungsi untuk mengawal kadar gula dalam darah  dan mengawal sistem metabolisme badan. Jadi bayangkanlah setelah bangun tidur hormon ini dirembes keluar namun kemudian pintu hormon ini ditutup semula akibat tidur? Tak ke jadi tak stabil hormon tersebut?

Bagaimana nak buat kalau mata seperti digam? 

Cuba mandi dengan air sejuk, matikan terus water heater yang ada dalam bilik air. Dingin air di waktu pagi mesti menyentap bdan akan rasa lebih segar. Kemudian, teruskan melakukan aktiviti harian. Jangan termenung pula! 

Boleh juga cuba minum Cinch Tea yang mengandungi 3 jenis teh matcha iaitu hijau, putih dan merah yang memberikan anda tenaga berpanjangan dengan kalori yang rendah. Amat sesuai diminum untuk bersahur semasa perjalanan balik kampung hari raya nanti. Agak-agak macam jalan jammed teruk kan untuk balik raya tahun ini.

Untuk mengurangkan rasa mengantuk di siang hari pula tidurlah 30 minit sebelum masuk waktu solat Zuhur. Jika kita bekerja, maksudnya tidur waktu rehat antara jam 1.00-1.30 petang. Tidur ketika ini boleh memberikan kita tenaga pada sebelah petang dan juga masa berjaga malam. Kalau orang putih kata, power napping. Istilah kita pula ialah Qailullah.







Pernah terfikir tak kenapa kita dilarang untuk kita tidur selepas sahur? Kalau ikutkan hati waktu tersebutlah paling sedap untuk ...

2 comments:

  1. Huhu..setuju..saya memang fail bab tak tidur lepas sahur ni.. biasanya malam sebelum tidur dah pasang niat nak buat kerja pagi esok.. tapi lepas sahur mata pulak yang fail..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena up lagi semangat biar tak tertidur selepas sahur..

      Delete