Apa Beza Beraya di Sarawak dan di Semenanjung?

7/18/2015 emalin mohd 6 Comments


Dendang Perantau


Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku



Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia



Chorus
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Ulang Chorus

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Ni dah kenapa sedih ni? 
Eh..tak sedih tapi tahun ni tak balik kampung sendiri..Tahun ni giliran beraya kat kampung sebelah suami.

Saja nak fefeeling perantau..

Apa beza raya kat Sarawak dengan raya di Semenanjung?
Ahkak orang Sarawak..
Kamek urang Sarawak..

1) Pakaian orang lelaki
Orang lelaki kat Sarawak dari raya pertama sampai raya ke 30 kalau ziarah raya (berjarah, mek urang nunggah) akan mengenakan baju Melayu siap bersamping dan bersongkok. 

Nampak meriah kan? Hari-hari pakai baju Melayu siang dan malam. 

2) Kek Lapis Sarawak
Berbeza dengan Semenanjung yang menghidangkan biskut raya, di Sarawak memang famous amos sangat Kek Lapis.

Cakap je lah Kek Lapis apa..pasti ada.

Eh, Kek Lapis Low Yatt ada tak tahun ni? 
Ops..terlebih sudah..gurau aja ye.

Kek Lapis berwarna warni dengan aneka corak. Kegemaran saya dan anak-anak?
Kek Lapis Horlick yang rasanya horlick dengan Kek Lapis Osama. 

Kan dah kata banyak jenis kek lapis kan? Osama pun ada.



3) Air Gas atau lebih dikenali sebagai air menet di Sarawak
Setiap rumah kat Sarawak kebanyakannya menghidangkan air gas untuk tetamu. Bayangkanlah kalau ziarah 10 buah rumah, anda kena minum 10 gelas air gas atau air menet. Tapi, jangan risau. Gelas di sana comel-comel je saiznya. Pagi petang siang malam tau air gas ni.

Ada lagi perbezaanya tapi cukup yang 3 ni dulu.

Yang mana meriah?
Kemeriahan bukan disandarkan dengan tempat tetapi kemeriahan itu terasa apabila orang disayangi berada di sekeliling kita bersama-sama menyambut AidilFitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dendang Perantau Di hari raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku Di tepi...

6 comments:

  1. Orang Perlis sebut air gas tu air lemenet tau, ada tambah 'le' kat depan...

    ReplyDelete
  2. Betul sangat tu kemeriahan terasa apabila org tersyg ada di sisi...

    Tahun ni first time beraya di key el sebelah suami kemeriahan xsama spt di kg tapi asalkan org tersayang ada di sisi dan doa dikirim utk yg jauh sudah cukup bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Key el? Lengang tak jalan?
      Malam raya shopping kt jln tar x?

      Delete