9 Tips Menjaga Luka Selepas Bersalin
Luka selepas bersalin atau luka episiotomi jika tidak dijaga dengan baik boleh terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka akibat benang tertetas.
Sakitnya memang teramat sakit samaada benang tertetas atau terkena jangkitan kuman. Sehinggakan tidak boleh duduk dengan betul dan berjalan pun terbongkok-bongkok menahan kesakitan.
Benang yang digunakan untuk menjahit luka bersalin boleh tetas sendiri setelah sampai tempoh masanya. Namun, sekiranya tanpa penjagaan yang betul ia boleh tetas sendiri sebelum tempoh masanya menyebabkan rasa sakit keterlaluan sehingga boleh menjadi demam.
Ia juga antara perkara yang ingin dielakkan oleh ibu bersalin kerana jahitan kedua selepas itu menjadi lebih sakit. Mungkin sebab rasa sakit bersalin telah hilang. Jadinya rasa sakit berkali ganda daripada jahitan sejurus selepas bersalin.
TIPS PENJAGAAN MUDAH UNTUK MENGELAKKAN JAHITAN TETAS ATAU TERKENA JANGKITAN KUMAN SELEPAS BERSALIN
- Memastikan minum air mencukupi bagi mengelakkan sembelit. Mnneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan luka menjadi regang dan akhirnya jahitan terbuka. Walaupun ada pendapat berpantang mengatakan bahawa tidak boleh minum air banyak kerana dikhuatiri vagina akan menjadi basah, ia patut disangkal ini disebabkan air mencukupi sememangnya amat diperlukan oleh ibu bersalin. Air yang mencukupi boleh mengelak daripada terkena tekanan darah rendah, sembelit ataupun kekurangan susu ibu.
- Makan makanan tinggi serat seperti roti wholemeal atau minum oat semasa sarapan serta makan buah-buahan. Ini juga untuk mengelakkan sembelit.
- Makan makanan yang bernutrisi tinggi terutama makanan yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka seperti daging putih (ayam dan ikan) sebagai sumber protein serta bayam yang mengandungi kandungan zinc yang tinggi.
- Tukar pad sekerap mungkin untuk mengelakkan faraj daripada lembap yang meningkatkan risiko jangkitan kuman. Sebelum memakai pad baru, pastikan dikeringkan dulu kawasan faraj dengan cara menekap tisu secara lembut untuk menghilangkan titisan air jika ada yang tertinggal.
- Gunakan ubat luka yang dibekalkan oleh hospital untuk menyapu luka dan bukannya ubat lain. Ini dikhuatiri ubat lain yang tidak diketahui kandungannya boleh menyebabkan benang tadi tetas.
- Lakukan pengudaraan dengan mendedahkan tempat luka sekurang-kurangnya sehari.
- Duduk dalam besen yang telah dicampurkan air garam dengan air panas (segenggam garam ditambah dengan sejag air panas) dan kemudian ditambah air sehingga menjadi suam.
- Buat senaman Kegel atau kemut untuk menguatkan otot-otot.
- Jangan terlalu lasak selepas bersalin. Minta bantuan orang lain untuk menjaga anak yang lebih besar untuk memastikan luka cepat sembuh.
Selepas bersalin, manjakan diri dengan penjagaan yang lebih berbanding biasa dengan mengambil berat pemakanan dan tahap kebersihan diri.
0 comments: