Tanda Warna Air Kencing Dari Segi Kesihatan
Anda sudah membuang air kecil atau kencing hari ini? Apa warnanya?Tahukah anda bahawa air kencing boleh memberikan indikasi atau tanda-tanda awal tahap kesihatan kita.
Selepas ini jangan lupa perhatikan warna air kencing. Tindakan awal boleh membantu kita.
WARNA AIR KENCING DAN MAKSUDNYA
Tidak ada warna
Jumlah air yang diminum terlalu banyak
Kuning cair
Badan mendapat air yang mencukupi.
Kuning gelap
Kurang minum air dan perlu menambah air untuk diminum.
Warna madu
Tanda badan kurang air. Perlu mengambil tindakan segera dengan minum air.
Merah jambu
Segera berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda pendarahan pada saluran kencing, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan yang lain.
Tetapi jika baru lepas makan buah naga berwarna ungu atau buah lain yang berwarna ungu itu adalah dari warna semulajadi buah tersebut. Jangan terkejut pulak.
Air kencing berbuih
Sekiranya air kencing berbuih, ia petanda lebihan protein atau ada masalah buah pinggang yang lain. Masanya untuk berjumpa doktor.
Orang dewasa jika sakit boleh mendapatkan rawatan doktor dan lebih memahami tahap kesihatan masing-masing. Indikator warna air kencing ini sebenarnya banyak membantu memantau tahap kesihatan anak terutama untuk memastikan bahawa anak minum air secukupnya.
Klau makan buah naga purple tu bleh jadi warna pinkish tu
ReplyDelete