6 Kebaikan Urutan Semasa Mengandung

6:05 am Emalin Mohd 0 Comments

Sewaktu mengandung atau hamil, badan mengalami perubahan yang besar. Adakalanya rasa tidak selesa terutama ketika waktu tidur. Mengiring salah, telentang salah telungkup lagi salah. Waktu siang pula rasa badan rasa berangin, mencucuk-mencucuk, lenguh dan rasa sakit terutama bahagian belakang dan pinggang.

Waktu ini terfikir alangkah sedapnya jika badan diurut dan dibelai manja. Pasti lega dan mengurangkan kesakitan.



Bolehkah berurut semasa mengandung? Tidakkah bahaya kepada ibu atau bayi dalam kandungan?

Sebenarnya berurut semasa mengandung mendatangkan  pelbagai kebaikan kepada ibu mengandung dengan syarat tukang urut tersebut berpengalaman dan mahir mengurut orang yang mengandung.

KEBAIKAN URUTAN SEMASA HAMIL

  • Urutan semasa mengandung membantu mengurangkan tekanan pada tubuh. Badan yang dibelai manja dengan menekan tempat-tempat tertentu memberikan rasa kelegaan pada badan.
  • Urutan semasa mengandung juga dapat menjadikan diri lebih tenang dan bersemangat kerana ibu berasa lebih selesa dengan badan sendiri.
  • Urutan juga dapat mengurangkan bengkak yang ada terutama pada bahagian sendi tubuh.
  • Seusai berurut, badan akan menjadi lebih lega sekaligus memperbaiki sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan.
  • Selesai berurut, badan yang lenguh dan berangin akan mejadi lebih lega dan lenguh yang ada akan hilang. Ia sekaligus akan menjadikan ibu tidur lebih lena.
  • Berurut juga dapat mengurangkan rasa sakit terutama di bahagian belakang dan pinggang.


Walau bagaiamanapun, terdapat golongan yang tidak digalakkan berurut kerana berisiko tinggi. 

Antaranya ialah ibu yang menghidap tekanan darah tinggi, pernah melahirkan bayi pramatang dan juga pernah mengalami keguguran semasa tempoh kehamilan terdahulu.

Yang paling penting dan utama sekali ialah memilih tukang urut yang berpengalaman dan ibu sendiri berasa selesa dengan tukang urut tersebut. Yang paling baiknya ialah tukang urut yang sama pernah mengurut ibu semasa ibu tidak hamil. Ini untuk melihat tahap kekuatan tekanan yang dikenakan ke atas ibu. 

Ibu mengandung juga perlu memaklumkan keapda tukang urut maklumat berikut:

  • Memaklumkan usia kehamilan kepada tukang urut. Ada pendapat mengatakan berurut dengan usia kandungan di bawah 12 minggu tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan keguguran.
  • Maklumkan kepada tukang urut bahagian badan yang berasa sensitif sekiranya disentuh sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 
  • Berhati-hati sekiranya tukang urut menggunakan pati minyak tertentu kerana terdapat jenis bauan yang boleh mencetus kepada keadaan yang bahaya kepada kandungan.
  • Ibu mengandung juga selalunya sensitif kepada bauan dan sekiranya tidak tahan dengan bau minyak yang digunakan boleh sahaja menggunakan losyen untuk mengurut.
  • Jangan malu dan jangan segan untuk maklumkan kepada tukang urut sekiranya tekanan yang dilakukan kepada kita menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa berlebihan.

Berurut semasa mengandung sememangnya memberikan kelegaan kepada ibu dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

Sedapnya badan dibelai manja!

Sewaktu mengandung atau hamil, badan mengalami perubahan yang besar. Adakalanya rasa tidak selesa terutama ketika waktu tidur. Mengiring sa...

0 comments:

4 Kedai Makanan Halal Di Vietnam (Part 3)

9:55 pm Emalin Mohd 3 Comments

Lamanya nak but entry tentang makanan halal di Vietnam setelah entry membeli-belah hari tu di Ho Chi Minh. Sebelum ingatan ini semakin pudar, jadi dicoretkan sedikit-sebanyak tentang Kedai Makanan Halal di Vietnam.

Untuk yang pergi dengan pakej pelancongan lengkap dengan makanan yang disediakan, memang boleh menikmati rasa makanan halal di Vietnam. Tapi, jika pergi sendiri AWAS. Harga makanan halal di Vietnam sedikit mahal. Sepinggan nasi goreng mencecah RM20++. 

Ini antara restoren makanan halal yang telah termasuk dalam pakej pelancongan tempoh hari. Makanan yang dihidangkan lebih kurang ada gaya ala-ala masakan Thai. Tak berapa jauh dengan tekak orang Malaysia macam saya.

Restoren pertama ini, Kampung Pandan terletak berhadapan dengan hotel yang kami diami. Kiranya restoren ini di lorong berlainan dengan satu lorong lagi yang happening dengan rakyat Malaysia. Roti canai pun ada di restoren ini tetapi kuah roti canai tidak datang sekali dengan rotinya. Boleh pilih kuah yang diingini. Antara menu yang disaji malam tersebut ialah ikan 3 rasa, ayan masak kicap, sup sayur Vietnam dan mee yang popular di Vietnam, mee pho. Bezanya dengan sup di Vietnam dan Malaysia ialah sup di Vietnam terasa masam dan ada yang dimasukkan nenas ke dalam sup sayur tersebut. Tapi memang sedap. Jangan lupa rasa Mee Pho ya jika berkunjung ke Vietnam.










Yang ini restoren lain pula. The Halal Kitchen Restaurant.








Restoren Halal Saigon.



Restoren ini pula, kami menjamu makan tengah hari yang agak lewat setelah sekembalinya dari lawatan menaiki sampan. 





Perlu atau tidak membawa bekalan makanan dari Malaysia?

Bagi yang selalu melancong dan boleh survive dengan makanan tempatan, bekalan makanan tidak perlu.

Namun, bagi yang ingin berjimat-cermat bekalan makanan amat membantu disebabkan harga makanan halal yang agak mahal. 

Nasib baik juga bekalan makanan dibawa kali ini biarpun pakej pelancongan yang diambil termasuk pakej makanan. Sebabnya pakej sarapan pagi di hotel walaupun HALAL katanya (tak nampak sijil HALAL pun) tetiba ternampak yang bukan HALAL tersorok sedikit dari meja buffet utama. Nampak gaya memang makan mee segera dan roti untuk sarapan pagi. Di dalam bilik hotel juga tidak disediakan minuman 3 dalam 1. Dan nasib baik sekali lagi memang ada bawa minuman 3 dalam 1.

Haa..baru teringat. Rasa nasi di Vietnam sedikit berbeza dengan rasa nasi di Malaysia. Jika diberi peluang untuk berkunjung ke sana lagi saya pasti akan membawa:

1) Minuman 3 dalam 1
2) Roti
3) Mee segera (bawa bekas dan sudu/garfu plastik untuk merendam mee)
4) Serunding (nasi boleh beli di restoren)
5) Dan lain-lain makanan yang boleh menjimatkan duit - boleh bajet ke shopping..hihihi


Entry berkaitan Vietnam yang lain..









Lamanya nak but entry tentang makanan halal di Vietnam setelah entry  membeli-belah hari tu di Ho Chi Minh. Sebelum ingatan ini semakin pu...

3 comments:

Mengganti Puasa Dan Membayar Fidyah Untuk Ibu Hamil, Bersalin dan Menyusukan Anak

3:00 pm Emalin Mohd 2 Comments

Entry ini adalah perkongsian daripada page Pusat Zakat Negeri Sembilan dan atas kesudian admin page tersebut untuk membenarkan entry dikongsikan ke dalam blog saya. 

Perkiraan kadar fidyah di dalam entry ini adalah berdasarkan kadar fidyah di Negeri Sembilan pada tahun 2015. Untuk perkiraan kadar fidyah berdasarkan tahunan semasa dan negeri lain, sila rujuk kepada Pusat Zakat negeri masing-masing.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEWAJIPAN MEMBAYAR FIDYAH
► Assammualaikum semua rakan rakan zakat… semoga semuanya sihat dan ceria selalu… nampaknya Ramadhan Al Mubarak bakal menjelma tidak lama lagi , ramai yang bertanyakan kepada kami bagaimana cara mengira dan membayar fidyah. Oleh yang demikian untuk entri kali ini kami akan memaparkan cara pengiraan fidyah. Moga ada manafaat untuk semua, lapangkan sedikit masa dan lapangkan fikiran untuk memahami berapakah kadar fidyah dan siapakah yang wajib membayar fidyah 

APAKAH FIDYAH ?
► Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.

Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.

► Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan Syarak.

► Firman Allah S.W.T. bermaksud: “…Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)

► Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

► Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya :-
- Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.
- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
- Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
- Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.
- Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.
- Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
- Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.
- Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
- Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.

KADAR BAYARAN FIDYAH
► Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
► Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan

Kiraan Fidyah :
► Puan Fatimah telah meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1435H (2014), namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1436H (2015) , maka wajib bagi Puan Fatimah membayar fidyah di samping mengqadha puasanya yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah fidyah dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:
- Jumlah qadha puasa adalah kekal sebanyak 5 hari
- 1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak atau 688 gram.
- 5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3,438 gram iaitu sebanyak 3 kg 438g).
- Sekiranya kadar fitrah pada 1436H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah RM1.625
- Oleh yang demikian, kadar fidyah bagi 5 hari yang ditinggalkan adalah sebanyak RM 1.625 x 5 = RM 8.125
Nota : Bagi yang masih berkesempatan dan sihat adalah lebih baik menggantikan puasa terlebih dahulu kerana masih ada masa menjelang Ramadhan akan datang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara persoalan yang ditimbulkan dan dijawab oleh pihak Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah:


Soalan:
Bolehkah beras diberikan kepada anak yatim?
Pusat Zakat Negeri Sembilan Kena lihat status anak yatim tersebut jika dalam kategori fakir miskin adalah dibolehkan.

Soalan:
Saya melahirkan anak pada bulan puasa pada tahun 2006 dan meninggalkan puasa selama sebulan. Berapa fidyah yang perlu saya bayar dari tahun 2006 ke 2015?

Pusat Zakat Negeri SembilanJawapan

Puasa thn 2006 wajib diganti dan bayaran fidyah pula :

Tahun 2015 - tahun 2006 : 9 tahun

RM 1.70( harga 1 cupak beras) x 30 hari bil Ramadhan x 9 tahun : RM 459.00

Fidyah yang dikenakan RM 459.00

Soalan:
Saya berpantang di bulan puasa dan meninggalkan puasa selama sebulan. Jika saya gagal menggantikan puasa sebelum Ramadhan yang akan datang, saya wajib dikenakan fidyah. Tetapi jika saya berjaya mengganti puasa sebelum Ramadhan yang akan datang, adakah saya wajib dikenakan fidyah juga?

Pusat Zakat Negeri Sembilan Sekiranya puan sempat menggantikan puasa thn lepas, puan tidak dikenakan fidyah.

Soalan:
Betul ke fidyah akan jadi berganda sekiranya puasa tidak diganti pada tahun lepas?

Pusat Zakat Negeri Sembilan
Sekiranya masih belum menggantikan puasa tahun lepas, fidyah dikenakan untuk Ramadhan ini.
Sekiranya 30 hari RM 51.00 sahaja kerana fidyah telah dibayar pada tahun lepas. Yang berganda bila mana ia tidak lagi menjelaskan fidyah tahun lepas.


Sekiranya terdapat lagi persoalan dan masih keliru tentang perkiraan bayaran fidyah, boleh berhubung terus dengan Pusat Zakat di negeri masing-masing.

Entry ini adalah perkongsian daripada page Pusat Zakat Negeri Sembilan dan atas kesudian admin page tersebut untuk membenarkan entry dikong...

2 comments:

Bahaya Perut Buncit dan Cara Mengatasinya

12:04 pm Emalin Mohd 0 Comments

Tak hamil tetapi dikatakan hamil gara-gara perut buncit. Ini antara situasi yang selalu dialami walaupun tidak semua apabila umur meningkat. Kadangkala berat badan tak naik pun tetapi perut yang naik. Nak tahu mudah sahaja. Adakah seluar yang dipakai semakin ketat? Dulu, tahun lepas seluar jean masih pakai saiz 24 tetapi tahun ini sudah menjangkau saiz 30. 

Nak penyelesaian mudah? Beli korset. Perut buncit boleh jadi kempis. 


Namun, tahukah anda bahawa perut buncit akibat pengumpulan lemak di bahagian perut lebih bahaya daripada lemak di anggota badan yang lain?




Perut buncit terjadi apabila lemak di dalam bahagian abdomen atau lebih dikenali sebagai visceral fat, bersifat aktif dan boleh mengganggu tahap kesihatan. Antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan visceral fat atau perut buncit ialah:

1) Penyakit kardiovaskular
2) Penyakit dementia atau nyanyuk
3) Lelah atau asthma
4) Kanser payudara
5) Kanser kolorektal

Visceral fat juga secara langsung dikaitkan dengan jumlah kolesterol yang lebih tinggi dan LDL (kolestrol jahat) , rendah HDL (kolesterol baik) dan rintangan insulin. Rintangan insulin boleh menyebabkan bertambahnya risiko untuk mendapat kencing manis.

Jadi, bagaimana untuk menghilangkan perut buncit atau lemak perut ini atau visceral fat?

1) Bersenam
Untuk menguranglan berat badan, lemak di dalam badan atau ingin mengurangkan saiz ukur lilit pinggang, senaman sememangnya amat penting.

Antara senaman yang boleh membantu ialah senaman aerobik seperti brisk walking atau berbasikal atau strength training selama 40 minit 2 kali seminggu . Senaman seperti sit up dikatakan tidak mengurangkan perut buncit namun boleh membantu dalam menguatkan otot abdomen.

2) Menjaga pemakanan
Selain senaman, diet atau pemakanan yang seimbang boleh membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Antaranya ialah memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa kalsium yang mencukupi boleh mengurangkan pengumpulan lemak di perut atau visceral fat. Elakkan juga makanan yang mengandungi trans fat (hydrogenated vegetable oils) dan makanan serta minuman yang mengandungi pemanis tiruan.

3) Jangan merokok
Merokok tidak pernah menjadikan seseorang lebih bergaya. Ia lebih membahayakan kesihatan dan juga menyebabkan lemak disimpan di dalam perut. 

4) Dapat tidur yang mencukupi
Tidur yang kurang 5 jam atau lebih 8 jam sehari juga menjadi penyebab kepada pengumpulan visceral fat.

Orang yang mengalami tekanan mempunyai lebih hormon stress iaitu kortisol yang dikaitkan dengan pengumpulan visceral fat pada wanita. 
Rawatan yang menghasilkan kesan serta-merta seperti liposuction tidak dapat membuang visceral fat kerana ia tidak dapat menjangkau ke dalam bahagian dalam. 

Jadi, berhati-hati sekiranya BMI anda cantik dan kurus tetapi perut buncit!

Pn Emalin Mohd 
Call / SMS / Whatsapp: +60192500978


Tak hamil tetapi dikatakan hamil gara-gara perut buncit. Ini antara situasi yang selalu dialami walaupun tidak semua apabila umur meningkat...

0 comments:

Tanda Warna Air Kencing Dari Segi Kesihatan

3:17 pm Emalin Mohd 2 Comments

Anda sudah membuang air kecil atau kencing hari ini? Apa warnanya?

Tahukah anda bahawa air kencing boleh memberikan indikasi atau tanda-tanda awal tahap kesihatan kita.

Selepas ini jangan lupa perhatikan warna air kencing. Tindakan awal boleh membantu kita.

WARNA AIR KENCING DAN MAKSUDNYA

Tidak ada warna
Jumlah air yang diminum terlalu banyak

Kuning cair
Badan mendapat air yang mencukupi.

Kuning gelap
Kurang minum air dan perlu menambah air untuk diminum.

Warna madu
Tanda badan kurang air. Perlu mengambil tindakan segera dengan minum air.

Merah jambu
Segera berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin tanda pendarahan pada saluran kencing, masalah buah pinggang atau masalah kesihatan yang lain.

Tetapi jika baru lepas makan buah naga berwarna ungu atau buah lain yang berwarna ungu itu adalah dari warna semulajadi buah tersebut. Jangan terkejut pulak.

Air kencing berbuih
Sekiranya air kencing berbuih, ia petanda lebihan protein atau ada masalah buah pinggang yang lain. Masanya untuk berjumpa doktor.


Orang dewasa jika sakit boleh mendapatkan rawatan doktor dan lebih memahami tahap kesihatan masing-masing. Indikator warna air kencing ini sebenarnya banyak membantu memantau tahap kesihatan anak terutama untuk memastikan bahawa anak minum air secukupnya.

Anda sudah membuang air kecil atau kencing hari ini? Apa warnanya? Tahukah anda bahawa air kencing boleh memberikan indikasi atau tanda-ta...

2 comments:

9 Tips Menjaga Luka Selepas Bersalin

9:27 am Emalin Mohd 0 Comments

Luka selepas bersalin atau luka episiotomi jika tidak dijaga dengan baik boleh terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka akibat benang tertetas.



Sakitnya memang teramat sakit samaada benang tertetas atau terkena jangkitan kuman. Sehinggakan tidak boleh duduk dengan betul dan berjalan pun terbongkok-bongkok menahan kesakitan.

Benang yang digunakan untuk menjahit luka bersalin boleh tetas sendiri setelah sampai tempoh masanya. Namun, sekiranya tanpa penjagaan yang betul ia boleh tetas sendiri sebelum tempoh masanya menyebabkan rasa sakit keterlaluan sehingga boleh menjadi demam.

Ia juga antara perkara yang ingin dielakkan oleh ibu bersalin kerana jahitan kedua selepas itu menjadi lebih sakit. Mungkin sebab rasa sakit bersalin telah hilang. Jadinya rasa sakit berkali ganda daripada jahitan sejurus selepas bersalin.

TIPS PENJAGAAN MUDAH UNTUK MENGELAKKAN JAHITAN TETAS ATAU TERKENA JANGKITAN KUMAN SELEPAS BERSALIN

  • Memastikan minum air mencukupi bagi mengelakkan sembelit. Mnneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan luka menjadi regang dan akhirnya jahitan terbuka. Walaupun ada pendapat berpantang mengatakan bahawa tidak boleh minum air banyak kerana dikhuatiri vagina akan menjadi basah, ia patut disangkal ini disebabkan air mencukupi sememangnya amat diperlukan oleh ibu bersalin. Air yang mencukupi boleh mengelak daripada terkena tekanan darah rendah, sembelit ataupun kekurangan susu ibu.

  • Makan makanan tinggi serat seperti roti wholemeal atau minum oat semasa sarapan serta makan buah-buahan. Ini juga untuk mengelakkan sembelit.

  • Makan makanan yang bernutrisi tinggi terutama makanan yang dapat mempercepatkan penyembuhan luka seperti daging putih (ayam dan ikan) sebagai sumber protein serta bayam yang mengandungi kandungan zinc yang tinggi.

  • Tukar pad sekerap mungkin untuk mengelakkan faraj daripada lembap yang meningkatkan risiko jangkitan kuman. Sebelum memakai pad baru, pastikan dikeringkan dulu kawasan faraj dengan cara menekap tisu secara lembut untuk menghilangkan titisan air jika ada yang tertinggal.

  • Gunakan ubat luka yang dibekalkan oleh hospital untuk menyapu luka dan bukannya ubat lain. Ini dikhuatiri ubat lain yang tidak diketahui kandungannya boleh menyebabkan benang tadi tetas. 

  • Lakukan pengudaraan dengan mendedahkan tempat luka sekurang-kurangnya sehari. 

  • Duduk dalam besen yang telah dicampurkan air garam dengan air panas (segenggam garam ditambah dengan sejag air panas) dan kemudian ditambah air sehingga menjadi suam.

  • Buat senaman Kegel atau kemut untuk menguatkan otot-otot.

  • Jangan terlalu lasak selepas bersalin. Minta bantuan orang lain untuk menjaga anak yang lebih besar untuk memastikan luka cepat sembuh.

Selepas bersalin, manjakan diri dengan penjagaan yang lebih berbanding biasa dengan mengambil berat pemakanan dan tahap kebersihan diri.

Luka selepas bersalin atau luka episiotomi jika tidak dijaga dengan baik boleh terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka akibat benang t...

0 comments:

6 Jenis Makanan Untuk Elak Tekanan Darah Rendah

11:28 am Emalin Mohd 0 Comments

Sakit kepala dan pening kepala kadangkala bukan disebabkan stress. Namun, disebabkan tekanan darah rendah terutama apabila bangun dari posisi baring secara mendadak. Jadi amat penting untuk mengetahui punca sakit kepala dan pening kepala. Cara terbaik pastinya berjumpa dengan doktor. Dengan pemeriksaan doktor baru dapat diketahui samaada sakit kepala berpunca daripada tekanan darah rendah atau tidak.



Tekanan darah dikira rendah apabila bacaannya di bawah 65/100. Bacaan normal bagi tekanan darah pula ialah 140/90. Jika mana-mana nombor naik daripada 140/90 dikatakan pula mempunyai tekanan darah tinggi. 

Bacaan tekanan darah untuk orang dewasa. Systolic untuk bacaan nombor di atas dan diastolic untuk bacaan nombor di bawah. Berapa bacaan anda?


Punca tekanan darah rendah dikatakan daripada:

1) Kekurangan air
Air sangat penting untuk tubuh badan dan kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari atau setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Sekiranya sering menghidap sakit kepala dan ada tanda-tanda kekurangan air seperti bibir kering, pastikan minum air mencukupi. Air yang dimaksudkan ialah air kosong dan bukannya air teh, coklat atau jus.

2) Pendarahan
Pendarahan berterusan akibat pembedahan atau kemalangan juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, pembedahan yang terlalu banyak selepas bersalin mungkin juga menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah. Disebabkan itu selepas ibu bersalin antara soalan yang ditanya oleh jururawat atau doktor yang sedang membuat rawatan susulan di wad bertanyakan mengenai jumlah pad yang telah digunakan selepas bersalin. Ini bagi memastikan ibu tidak mempunyai pendarahan berlebihan daripada biasa.

3) Otot jantung lemah
Pesakit yang mengalami otot jantung lemah mempunyai risiko besar mengalami tekanan darah rendah keranan otot jantung yang lemah gagal mengurangi darah yang dipam.

4) Pembuluh darah tersumbat
Jika pembuluh darah tersumbat, jaringan yang bertugas dalam mengirimkan signal ke jantung turut mengalami kesan. Ini menyebabkan tugas jantung terganggu dan merangsang untuk mengalami tekanan darah rendah.

Tips sleeps ini lebih kepada faktor pemakanan dan kekurangan air. Bagi tekanan darah rendah disebabkan oleh pendarahan, otot jantung lemah dan juga pembuluh darah tersumbat pastikan mendapat rawatan doktor.


6 jenis makanan yang boleh mengelak tekanan darah rendah:

1) Kekacang
Kekacang seperti kacang bunci, kacang merah, kacang botol dan kacang hijau boleh membantu meningkatkan tekanan darah. 

2) Air mineral
Minum air mineral atau air isotonik selain air kosong untuk memastikan air mencukupi di dalam badan.

3) Bayam
Bayam adaah air sejenis sayuran yang mengandungi kalium dan juga rendah sodium serta folat. Mineral yang terdapat di dalam bayam sangat bermanfaat bagi yang mengalami tekanan darah rendah.

4) Daging ayam
Makanan yang mengandungi protein dikatakan membantu meningkatkan tekanan darah. Ini disebabkan protein membantu dalam membina sel tubuh badan.

5) Kismis
Kismis dikatakan boleh membantu menaikkan tekanan darah rendah. Rendam 30 biji kismis semalaman dan makan kismis tersebut esok hari sebelum mengambil makanan lain. Air rendaman kismis tadi juga perlu diminum. Lakukan secara berterusan selama 30 hari untuk melihat kesannya.

6) Jus Lemon
Selain daripada fungsi detoks, jus lemon yang dicampur sedikit gula dan garam juga boleh membantu mengatasi tekanan darah rendah berpunca daripada kekurangan air di dalam badan.

Selain itu, memastikan badan dibekalkan nutrisi yang mencukupi juga terutama ibu hamil dapat membantu mendapatkan tekanan darah yang bersesuaian.

Selain itu, bagi yang ingin mengawal tekanan darah rendah juga boleh mencuba tips seperti:

1) Melakukan senaman ringan untuk meningkatkan aliran darah.

2) Tidak bangun secara mendadak terutama dari posisi baring. Duduk dahulu selama 10 saat sebelum berdiri.

3) Menunaikan solat fardhu dan menambah solat sunat kerana dengan pergerakan solat dapat menyeimbangkan pergerakan darah.

Pergerakan solat dapat menggerakkan semua meridien dan menyeimbangkan tekanan darah
Tips di atas amat sesuai untuk ibu hamil yang sedang mengalami tekanan darah rendah sehingga selalu sakit kepala. 


Sumber info: Majalah Rapi
Sumber gambar: Google

Sakit kepala dan pening kepala kadangkala bukan disebabkan stress. Namun, disebabkan tekanan darah rendah terutama apabila bangun dari posi...

0 comments: