Jalan-Jalan Di Ho Chi Minh (Part 2) Hari Pertama

1:05 pm Emalin Mohd 2 Comments

Sambungan cerita membeli-belah di Ho Chi Minh (HCM) dan sebelum cerita ini hilang sedikit-demi sedikit dari ingatan baik dinukilkan dalam entry kali ini.

Percutian ke HCM ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan menggunakan penerangan Malaysia Airlines. Penerbangan cuma 1 jam 30 minit. Jauh lagi ke Sarawak yang mengambil masa 1 jam 45 minit. 

Apa yang perlu disediakan untuk ke sana?

1) Pakaian yang minimum 
Nama pun tempat membeli-belah. Rugi kalau bawa pakaian penuh beg. Tengok itinerary perjalanan. Jika hari pertama sudah boleh ke Pasar Malam sekurang-kurangnya, jeans sudah boleh dibeli. Atau untuk wanita, Kedai Aysa, Kedai Rohani dan Kedai Minh ada menjual pakaian wanita seperti jubah, tudung dan blaus. Kedai ini dibuka sehingga pukul 10.00 malam dan ada yang sehingga 11.00 malam.

2) Wang secukupnya
Bawa dalam 2 jenis matawang pun cukup iaitu Dong dan RM melainkan cekap mengira dalam USD. Dong perlu juga untuk membeli air mineral sebagai contoh dan menaiki teksi. Jika berniat ingin mengeluarkan duit di sana, maklumkan dulu bank kita di Malaysia untuk pengaktifan pengeluaran.

3) Plug antarabangsa
Jangan lupa bawa plug / kepala charger telefon ya. Tetapi jika terlupa Ada hotel juga turut menyediakannya. Voltage 110/220 AC. Yang ini saya dah terkena. Plug charger yang dibawa rupa-rupanya 250 AC. Terus tak boleh pakai. Nasib baik roommate bawa charger. Kalau tak menangisla bateri handphone habis.



4) Semak waktu solat
Waktu solat di sana awal. Subuh pada 29 Mac 2015 ialah pada jam 4.42 pagi. Jangan ikut waktu solat Malaysia pula.

5) Tip
Jika pergi di bawah agen pelancongan Kebanyakan tip telah dibayar. Namun jika menaiki beca di HCM dan sampan di Sungai Mekong, tip perlu diberikan kepada pengayuh beca dan sampan. Jumlah? Ikut ikhlas hati tetapi ada pengayuh yang "demand" juga. Pandai-pandailah berunding. RM5-RM10 pun memadai.


Hari Pertama


Ahli rombongan Cik Kiah ke HCM. Cik-cik je yang pergi. Encik-encik tu menghantar Cik-Cik sahaja. En Kemeja merah jambu tu boss jabatan saya. Encik yang sebelah kemeja merah jambu tu big boss salah satu kementerian.


Dalam KLIA


Masih di KLIA.



Motosikal di HCM sangat banyak. Ada 6 juta motosikal dengan 10 juta penduduk. Cara duduk di atas motosikal bagi wanita pun ayu. Bertenggek sebelah ala-ala bersimpuh. Banyaknya kenderaan di sini terutama motosikal namun sepanjang percuti di sana tidak terserempak sekali pun dengan kemalangan hatta kemalangan kecil. 

Kali pertama melintas jalan raya rasa takut sebab kenderaan terlalu banyak dan hon di sana sini sehinggakan tourist guide kami, Hung Minta tutup mata saja kalau takut. Hihi

Tapi dah 2-3 kali okay sahaja melintas nya. Insyaallah kenderaan akan perlahankan kenderaan dan tak melanggar kita. Tapi kalau melintas tak tengok kiri Kanan tu ingat-ingat sendiri lah.

Kenderaan bunyikan hon sebagai makluman sahaja bukan hon marah. Kalau di sini lain cerita la kan. Boleh masuk mahkamah kes jalan raya ni.


Rombongan bergambar di depan Presidential Palace sebaik tiba di HCM.

Bergambar depan Hard Rock Cafe HCM. Ada ahli rombongan mengajak ke sini walaupun tiada itinerary. Aii is tak minat HRC.

Fokus pada pokok tersebut bukan muka aii. hihi
Setiap pokok di HCM diberi nombor atau surat beranak. Senang nak memantau bukan? Jika ada yang menebang pokok ini pasti pihak berwajib tahu. Ada sejarah tentang nombor pokok ini tapi lupa...




Tempat penginapan kami sepanjang berada di sana. Selesa namun dapat bilik tiada tingkap. Internet di hotel kira memuaskan. Sepanjang di sana saya tak membeli pra bayar talian telefon. Cukup sekadar makluman kepada ahli keluarga melalui Whatsapp / FB ketika ada talian WiFi percuma seperti di hotel dan restoren.

Hotel sangat banyak. Sesuaikan dengan bajet masing-masing. Cumanya hotel yang kami duduki ini waktu malam tiada Kedai "happening" yang buka. Tidak seperti hotel di jalan yang Ada Hotel Basiroh. Situ lebih sesuai untuk menginap jika datang semata-mata untuk membeli-belah. Pukul 10.00 malam masih "havoc" dengan aktiviti membeli-belah. Jalan sorang-sorang pun tak takut sebab ramai orang Malaysia membeli-belah.

Selepas daftar masuk hotel, kami menjamu selera di Restoren berhadapan hotel dan kemudiannya berjalan-jalan di Pasar Malam.

Terlupa pula mengambil gambar ketika berjalan-jalan di Pasar Malam.

Di mana jua anda berada, berhati-hati dengan pickpocket! Semasa berjalan di Pasar Malam, ada penjaja yang menegur cara memegang beg. Bagi beliau cara membawa beg ketika itu memudahkan pencuri untuk menjalankan kerja. Jadi, kena pastikan beg dipegang / dibawa dengan cara selamat.

Sambung lagi ya...






























Sambungan cerita membeli-belah di Ho Chi Minh (HCM) dan sebelum cerita ini hilang sedikit-demi sedikit dari ingatan baik dinukilkan dalam ...

2 comments: